Isnin, 30 Mac 2009

Penyokong di Bukit Gantang

Aku x tahu banyak fakta....tetapi dari pembacaan, ini paling menarik untuk dikongsi....diperoleh dari blog kedahlanie.

Ramai termasuk saya hadir menyaksikan perhimpunan sempena proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi parlimen P.59 Bukit Gantang di Taiping semalam. Memanglah setiap kali berlaku pilihanraya kecil, maka masing-masing ahli dan penyokong akan memastikan yang kumpulan merekalah yang paling ramai hadir pada hari berkenaan. Kejayaan menggembeling kehadiran ramai merupakan satu kejayaan psikologi sekurang-kurangnya membuktikan kepada rakyat bahawa parti mereka serius dan akan didokongi oleh jentera yang besar untuk memenangi pilihan raya berkenaan.

Dari pandangan kasar semalam ternyata mereka yang hadir di belah PAS jauh lebih besar dari di belah BN.

Jadi pagi ini saya sengaja menyelak lembaran akhbar-akhbar saluran perdana untuk melihat bacaan mereka masing-masing. Seronok juga kalau kita lihat angkanya, bagi mereka yang hadir sudah pasti dapat meneka mana satu laporan yang tepat, yang “cari makan”, yang menipu dan sebagainya.
The Sun - BN 2,000 PAS 10,000
Berita Harian - BN 10,000 PAS 10,000
Utusan Msia - BN 10,000 PAS 10,000
NST - 30,000 BN dan PAS
Sinar Harian - PAS 10,000
Nampaknya kebanyakan lebih cenderung menyamakan sahaja bilangan seperti BH, Utusan dan NST. Agaknya kalau lapor PAS lebih dari BN, mungkin ada yang marah-marah dan tidak mustahil diambil tindakan oleh itu untuk menyelamatkan diri, walaupun hakikatnya mereka tahu apa yang sebenarnya berlaku, himpunkan sahaja satu jumlah, dan laporkan sama rata.

Memang kehadiran semalam tidak memastikan kemenangan pada hari mengundi 7 April nanti, tetapi sekurang-kurangnya pegamal media mestilah memberi laporan yang tepat dan benar. Mereka bertanggungjawab kepada pembaca dan rakyat. Atau memang mereka begitu dan akan terus begitu, iaitu melaporkan menurut selera “tuan politik” mereka, kerana yang pentingnya adalah “tuan politik” mesti dilihat menang walaupun hakikatnya dibenci dan ditolak rakyat.

Selamat datang ke dunia kebebasan akhbar di Malaysia.

Hairan. meh pikir-pikirkan

Nizar vs Zambry

OK. Dah lama tak update blog ni. Kerana dah lama sungguh x mencari bahan. TV pun xde. Online pun x buka web politik.

Tapi, tadi baru buka harakahdaily.net, saje la rasa ingin tahu perkembangan lepas dah penamaan calon. Terkejut jugak dengan berita2 pasal calon bebas yang banyak dan sebagainya.

Tapi ada satu artikel di harakahdaily yang menepati konsep blog ini, PERSPEKTIF dari 2 pihak. So saya copy paste kan untuk bacaan.

KEMPEN pilihan raya kecil di dua bukit di Semenanjung dan Dun Batang Ai (Air), Sarawak sedang berlangsung.


Bermula dengan hari penamaan calon 29 Mac lalu, kempen-kempen 20 calon yang bertanding - tiga di Parlimen Bukit Gantang, lima belas di Dun Bukit Selambau dan dua di Dun Batang Ai akan berlangsung hingga menjelang tengah malam 7 April akan datang.

Pastinya antara yang mencuri perhatian para pemerhati dan pengkaji politik adalah kaedah berkempen parti-parti atau calon-calon yang bertanding.

Salah satu kaedah kempen politik BN adalah melalui media-media arus perdana yang dikuasainya. Tatkala kerajaan BN bertindak menggantung permit akhbar rasmi PAS dan KeADILan selama tiga bulan (sehingga 22 Jun 2009), BN terus menggunakan media massa arus perdana untuk mewar-warkan kempennya di tiga kawasan pilihan raya kecil itu.

Sejauh mana keberkesanan kempen BN melalui media massa ini menjadi sesuatu yang menarik untuk dibincangkan. Ini kerana 'media konvensional' yang digunakan BN sudah kian hilang kredibiliti dan kepercayaan umum, berbanding 'media baru' yang digunakan Pakatan Rakyat.

Komen-komen para perwakilan Umno dalam mesyuarat agung parti itu 24 higga 28 Mac lalu tentang kegagalan BN dalam menyampaikan 'mesej dan maklumat yang benar' kepada rakyat pada kempen PRU12 tahun lalu secara tidak langsung lebih merujuk kepada kegagalan fungsi media arus perdana untuk bertindak sebagai 'jurucakap BN dan Umno'.

Sebenarnya kegagalan BN dalam menguruskan penyaluran maklumatnya kepada rakyat bukan sangat berpunca daripada kegagalan fungsi media arus perdana. Media arus perdana terus kekal berfungsi sebagai saluran kempen BN paling efektif kerana akhbar, TV dan radio masuk ke dalam hampir semua rumah kediaman rakyat. Apa yang tiada pada media massa utama ini adalah kebenaran dan keadilan.

Tanpa dua aspek penting itu (kebenaran dan keadilan), kehebatan liputan dan kecanggihan teknologi tidak dapat menawan hati dan pemikiran rakyat. Apatah lagi ketika berhadapan media baru yang lebih dekat dengan hati rakyat khususnya golongan muda.

Perlu disedari bahawa strategi berbohong dan memanipulasi fakta hanya berkesan dilakukan arus media perdana di saat ketiadaan media baru seperti internet (khususnya blog) dan khidmat pesanan ringkas (SMS). Media baru juga semakin berkembang seiring dengan perkembangan teknologi. Penghantaran SMS kini diperluaskan kepada penghantaran audio dan visual melalui telefon bimbit yang lebih efisien berbanding siaran TV dan radio.

Untuk memahami senario ini, diperturunkan dua contoh penulisan yang disiarkan oleh media konvensional dan media baru bagi penilaian pembaca. Dua penulisan ini merujuk kepada insiden yang berlaku di Masjid Simpang dalam kawasan PRK Parlimen Bukit Gantang, 29 Mac lalu.

Berita di bawah dipetik daripada mStar online yang dimiliki MCA. Insiden ini juga dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia milik Umno bertarikh 30 Mac 2009:

Nizar 'rampas' acara BN di masjid Bukit Gantang

Oleh G. MANIMARAN

TAIPING: Bekas Menteri Besar Perak yang juga calon PAS bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin 'bertembung' dengan rombongan Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang malam tadi - mencetuskan sedikit kekecohan.

Semalam (29 Mac) merupakan hari pertama kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Nizar yang dikatakan hadir tanpa undangan ke majlis bacaan Yassin dan solat hajat anjuran BN telah mencuba untuk mengimamkan solat Maghrib.

Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Hussin ketika dihubungi mStar Online berkata, Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid dan terus mengimamkan solat Maghrib.

Isu tersebut dengan pantas disebarkan menerusi SMS, menjadi bahan kempen dalam beberapa ceramah anjuran BN di bahagian Bukit Gantang.

"Orang-orang dia (Nizar) minta mikrofon untuk Nizar berucap selepas Maghrib tetapi tidak diberikan, telah dihalang oleh Pengerusi Masjid (Yahaya Sulaiman).

"Kami berikan beliau peluang sertai majlis ini, anjuran BN tetapi beliau datang untuk buat kacau," kata beliau ketika dihubungi.

Rosli yang turut hadir ketika kejadian berkata, tidak berlaku apa-apa kekecohan besar dan kumpulan Nizar telah meninggalkan majlis selepas itu.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir pada majlis tersebut.

Mengulas isu yang sama, Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, Nizar bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak.

Ketika bercakap dengan pemberita selepas memperkenalkan calon BN, Ismail Saffian di Tokong Nyee Wong Kong di sini malam tadi, Zambry berkata, tindakan itu telah dirancang oleh PAS dan sanggup menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik.

Demikian berita yang dinukilkan oleh media massa pro-BN. Cuba kita lihat pula tulisan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga calon PAS bagi PRK Parlimen Bukit Gantang dalam blog popular beliau, Kamparinn.blogspot.com :

Saya telah mengimamkan Solat Maghrib

Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turun mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derhaka!

Hari penamaan calon PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru-hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pemimpin PAS lain memasuki pintu pagar Dewan Perbandaran Taiping jam 8.45 pagi (29 Mac).

Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Haji Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju.

Sewaktu masuk ke masjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden Umno; Dato' Zambry Kader; calon (BN) Ismail Saffian dan ramai lagi pemimpin Umno Pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan Umno berada di saf pertama.

Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamii'an, walaa tafarraqu..." dan rakaat kedua surah al-Kaafirun.

Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pemimpin tinggi Umno.

Umno menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam import, Haji Jama'iy namanya. Habis solat, imam Haji Hashim bangun dan berucap di hadapan dengan menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.

Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi tafsir ayat al-Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.

Namun beberapa pimpinan Umno setempat telah memprotes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus diadakan majlis bacaan Yaasin. Berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.

Habis baca Yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya, kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi.

Katanya lagi dengan nada kuat dan marah: "Jika mahu jadi imam saya boleh jadi imam, jika nak tafsir saya boleh tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain.

Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan 'ajaib' tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid.

Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.

Merujuk kepada berita yang disiarkan media BN, pastinya kita dapat melihat bagaimana insiden tersebut diputarbelitkan BN bagi kepentingan politik mereka. Jelas watak imam masjid yang bertanggung jawab menjemput Nizar untuk mengimamkan solat dan menyampaikan tazkirah tidak dilaporkan.

Malah sikap kasar Zambry (yang disifatkan Adun Sungkai, N Sivanesan sebagai 'kekanda saya') tidak pula dilaporkan media pro-BN.

Tuduhan bahawa Nizar menyalahgunakan masjid untuk kepentingan politik juga meleset kerana BNlah sebenarnya yang bertindak sedemikian kerana mengadakan majlis membaca Yaasin sempena kempen pilihan raya di masjid.

Apapun terpulanglah kepada pembaca untuk menilai kebenaran dua sumber penulisan di atas. Tetapi apa yang ingin ditegaskan sekali lagi, strategi berbohong dan memutarbelitkan fakta oleh media arus perdana tidak lagi berkesan di era kewujudan dan percambahan media baru seperti blog.

Apa yang lebih utama dalam kempen-kempen politik adalah kebenaran, ketelusan, intergriti dan kredibiliti sumber maklumat. Tanpa ciri-ciri itu usaha mempengaruhi atau meyakinkan rakyat umpama mencurah air di daun keladi.

Cuma satu yang ingin diulas... Zambry ketika memarahi Nizar mendakwa kononnya beliau juga mampu mengimamkan solat dan menyampaikan kuliah tafsir.

Soalnya, dengan kecenderungan beliau untuk berbohong dan bercakap kasar, adakah manusia yang sudi berimamkan beliau?- tajdid _

Selasa, 17 Mac 2009

Nasib isteri-isteri orang politik

Aku dah lama betul x follow any berita...sukan ke, politik ke, ekonomi ke...memang x tau. TV pun x tgk. Paper pun x baca.

Harini entah macam mane terbukak harakahdaily, ada artikel menarik untuk bacaan semua.

Petikan
Malaysiakini beberapa hari yang lalu melaporkan tentang perasaan isteri bakal PM, Najib Razak yang diberitakan merasa sangat berdukacita dengan segala tuduhan dan tohmahan yang telah dilemparkan oleh rakyat, terutamanya datang dari pihak pembangkang yang mengaitkan suami beliau Najib Razak dengan kematian ngeri seorang wanita Monggolia. Kesihan Rosmah kerana terpaksa menerima segala tuduhan tersebut, hinggakan sentimen itu terbawa-bawa ke Parlimen, dan ada antara ahli Parlimen menuduh suami beliau sebagai "pembunuh". Siapalah yang akan terima dan sanggup mendengar tuduhan berat seperti itu.

Sekiranya saya di tempat Rosmah, adalah lebih baik tuduhan-tuduhan liar itu diselesaikan di mahkamah saja. Biarlah hakim yang menentukan sama ada segala tuduhan itu benar atau sebaliknya. Bak kata orang tua-tua mulut tempayan boleh ditutup dengan nyiru, tetapi mulut manusia...tiada siapa yang tahu kemana sudahnya hendak dijaja cerita sedemikian rupa.

Rosmah masih beruntung kerana suami beliau hanyalah dituduh oleh pihak pembangkang yang tidak punya kuasa sama sekali. Beliau, sebagai isteri bakal PM, masih punyai 1001 kelebihan lain dibandingkan wanita biasa yang ditimpa fitnah seperti itu. Rosmah mempunyai peluang terbuka untuk meluahkan perasaannya di mana-mana media yang beliau suka sama ada di surat khabar, radio atau televisyen. Beliau juga punya banyak wang untuk mendapatkan khidmat peguam handalan untuk menyaman mana-mana pihak yang begitu celupar itu.

Cuba bandingkan derita Rosmah dengan kesedihan wanita-wanita yang masih menjadi mangsa ISA, milik kerajaan Malaysia.

Puan Hapipah berasal dari Sabah. Suami beliau telah ditahan di bawah ISA bulan Jun 2002. Beliau yang menghidap penyakit jantung lebih empat tahun tidak bertemu suami kerana tidak mampu untuk datang ke Kem Kamunting yang terletak di Semenanjung Malaysia.

Puan Norhata, juga berasal dari Sabah telah dipisahkan dari suaminya yang ditahan di bawah ISA sejak tahun 2006. Beliau terpaksa membesarkan lapan orang anak bersendirian sepanjang ketiadaan suaminya. Sejak hari pertama ditahan di bawah ISA, beliau tidak pernah langsung bertemu suaminya yang kini masih dikurung di Kem Kamunting.

Puan Jo, suaminya ditahan di bawah ISA pada tahun 2006. Beliau juga tidak pernah melawat suaminya di Kem Kamunting kerana tidak mempunyai wang untuk datang ke Taiping, Perak. Pastinya wang lebih diutamakan untuk membiayai makan-minum lima orang anak-anak yang sedang membesar.

Suami saya telah ditahan pada April 2002... hingga kini beliau tidak pernah pulang ke rumah...

Jika nak dibandingkan dengan Rosmah, nasib kami mangsa ISA adalah seperti langit dengan bumi. Suami kami di tuduh dan dinamakan oleh Menteri Dalam Negeri sebagai ahli "pengganas Islam" dan disebarkan oleh semua media kerajaan. Kami tidak pernah diberi peluang di mana-mana akhbar, radio atau televisyen kerajaan untuk meluahkan rasa hati sebagai isteri tahanan ISA.

Suami kami minta dibicarakan di hadapan hakim bersama bukti-bukti, namun hingga kini, Kerajaan Malaysia tidak pernah mendakwa mereka di mana-mana mahkamah.

Semua peluang itu ditutup rapat oleh pihak berkuasa. Dan yang lebih buruk polis Cawangan Khas (SB) terus-menerus digunakan untuk mengekori, dan memantau kehidupan kami. Sekiranya ada antara kami yang ingin menyuarakan bantahan terhadap penahanan tanpa bicara ini, mereka akan diugut oleh SB dengan mengunakan pelbagai cara dan saluran menyebabkan kami menghadapi tekanan emosi yang lebih dari biasa.

Sebahagian besar daripada kami tiada pekerjaan tetap, punya anak-anak yang ramai dan semuanya sedang membesar. Suami tidak tahu, bilakah tarikh akhir akan dilepaskan dari Kem Kamunting... manakala orang ramai pula turut takut kerana SB sentiasa memantau anggota masyarakat yang ingin membantu mengurangkan kesusahan kami, mangsa ISA.

Bukankah semua ini, lebih dahsyat lagi kedukaannya jika nak dibandingkan dengan masaalah Rosmah yang sedikit itu? Siapakah yang berani untuk membela nasib kami? - mns_