Sabtu, 31 Januari 2009

PUTERI berjuang habis habisan

Dah 2 minggu pilihanraya kecil berlalu. Tapi sekarang baru saya rajin nak tulis something. Hehe.

OKeh. Pilihanraya aritu happening habis. Happening but all positives. Boleh dikatakan semua orang puas. Semua orang menikmati hari pembuangan undi itu sendiri. Saya menghabiskan banyak masa di peti undi SMK Dato' Razali, nama baru SMK Bandar sempena mengingati jasa arwah di dalam bidang pendidikan.

Seawal pagi suasana meriah. Sebelah kanan pintu masuk pusat, kawasan penyokong, kehmah panas dan peraih undi PAS. Sebelah kiri BN punye. Pada awalnya, penyokong BN sunnguh bertenaga. PUTERA dan PUTERI bersungguh2 melaungkan rentak mereka. PEMUDA dan NISA' PAS pula bermula perlahan dan diselangi dengan selawat yang akan dijoin oleh BN. Bagus!!

Sembang2 dgn mereka, rupa2nya PEMUDA BN Johor (Muar lebih tepat)yang ditempatkan di sini yang nampak ramai rupanya. Dalam pukul 10, Tan Sri Isa Samad muncul dan duduk di bangsal panas BN.
PUTERI pula didapati adalah wanita tempatan, tua dan muda. Mereka dari sekitar Pasir Panjang ke kawasan Kg. Gong.

Banyak kelibat wakil2 rakyat sedia ada dari kedua2 parti ini yang datang melawat dan menerima sambutan menyeronokkan oleh penyokong masing2.

Bagaimanapun, menjelang 1030, tenaga PEMUDA BN kendur sekendur kendurnya. Mereka sudah mula duduk dan buat hal masing2. Lain pula halnya dgn PUTERI. Mereka terus melaungkan slogan2 semangat.

Beberapa PEMUDA PAS pula dikatakan diimport dari Bukit Besi. Fenomena menarik yang dapat dilihat adalah bila PUTERI dan Pemuda PAS Bukit Besi ini bertekak. Kelakar.

Antara yang saya nak highlight.

Pada satu ketika, NISA' melaungkan takbir. Biasanya kaum adam pihak PAS yang takbir. Oleh itu, geng2 PUTERA UMNO menyorak tindakan NISA' tersebut. Agak menyedihkan PUTERA berperangai begitu. Takbir sebagai laungan membesarkan ALlah tidak sepatutnya sekali kali diperlekeh begitu.

Berbalik pada PUTERI. Nak dijadikan cerita, adalah seorang PUTERI ni yang berasal dari Pasir Panjang. Manis la jugak. Pemuda PAS, BN Muar, UMNO tempatan, mahupun penyokong yang tak diketahui belah mana dok mengayat PUTERI ni. Haha. Tapi logik la. Dia x terpekik terlolong mcm yg lain. Berdiri dgn kipas BN. Then control ayu. Hehe. Aku pun usha jugak. ahaks.

OK. Walau PEMUDA dah keletihan. PUTERI tetap teguh. Berdiri. Dan mengalunkan zikir baru yang sangat femes hari itu berbunyi "PAS kluk klek" "PAS parti kluk klek". Nak dijadikan cerita pulak pasal kluk klek ni, (saya balik tghari, round UPU lain, makan, solat then dtg balik) ada banner baru PANAS2 lagi baru print di belah BN "PAS parti kluk klek". Banner ini dibantah oleh petugas PAS. Laporan dibuat kepada pengurus SPR di situ. Polis pun campur tangan. Akhirnya BN menurunkan banner itu

Nak cerita pulak pasal banner PANAS ini. Banner paling PANAS yang PAS guna adalah "PUTERI tagih seks". Banner yang menerangkan politik dalam UMNO kini bukan sahaja politik wang, malah politik seks bila mana seks ditawarkan oleh PUTERI. Memang panas. Fakta sebenar....saya x tahu..... Tapi yang hairannya, banner ini tidak pula diarahkan turun oleh SPR mahupun polis. Baiklah.

PUTERI terus berdiri. Teguh. Sehinggalah canang Islam Hadhari berbunyi. Adalah PUTERI2 seksi yang kena sound. "Islam Hadhari, tayang perut/pusat PUTERI". Kerana ada yang pakai baju nampak pusat. Haha.

Pastu yang menjadi highlight juga adalah MAKCIK (yang dikatakan penjual nasi lemak) baju kurung purple, plg kanan.
yang merupakan seorang PUTERI (had umur brape ye??) yang bersungguh2 berdebat dengan Pemuda Bukit Besi tadi. Kesungguhan yang berlebihan menampakkan bebodohan dan kehodohan diri MAKCIK tu. Kalau dia tak layan budak Bukit Besi tu, xde la teruk sgt.

Dah petang. Dah 4 lebih. PAS pulak standby sbb ada sumber menyatakan HANTU on d way. 2 bijik kereta yang dikesan nombor pendaftarannya.Tapi sampai sudah, hantu2 ini tidak datang. Lain pulak hantu yang dikesan di dalam pusat pengundian. Seorang warga kampung Bukit Depu, yang telah meninggal sekitar November, didapati KELUAR mengundi. Namanya dah di'tick' dari list pengundi yang telah datang mengundi. Haha. Semangat betul dah mati pun datang lagi untuk mengundi.

Dalam dok sebok dgn cerita hantu, MUSLIMAT PAS pula dtg menyergah budak2 PUTERI ni bertanya semua uzur syar'i ke?? Sebab dari tadi seorang pun tak berganjak dari situ sedangkan nak kata musafir diorang ni local. Haha. Ye kot, diorang uzur beramai2, kebetulan.

Oh lupa, dalam 3 plus-plus dekat pukul 4, calon PAS muncul dan menerima sorakan dari 2 2 pihak. Beliau datang bermotosikal. PAS bersorak bangga punya calon berjiwa rakyat. PUTERI bersorak memperlekeh calon dok rok cetong kata mereka. Naik motor nak jadi wakil rakyat konon.

PUTERI dibidas balik dengan dipersoalkan di mana Wan Farid?? Tak muncul2...

Begitulah. Kalau begini effort PUTERI, dan UMNO nak hapuskan sayap ini. Maka CONFIRM plus gerenti UMNO kalah besar next pilihanraya. Sbb pada hemat saya Puteri adalah aset terbesar UMNO.

Banyak lagi yg sy miss nk cerita. Kalau saya teringat, sy cerita lagi next posting. Sekian.

Sabtu, 17 Januari 2009

Sekilas Pengundian Kuala Terengganu

Copy paste dari www.suarakeadilan.com

Berikut adalah ringkasan dari laporan media mengenai Kuala Terengganu

Pengerusi Putera Umno ditahan

Pengerusi Biro Putera Umno Abdul Azeez Abdul Rahim telah ‘ditahan’ oleh sepasukan skuad pemantau PAS daripada Kedah kerana dipercayai menyamar sebagai agen tempat mengundi.

Menurut laman Harakah, kejadian berlaku kira-kira 10.45 pagi tadi apabila skuad pemantau PAS yang diketuai oleh Syed Fadil Husin dan Ahmad Rizal menyedari Abdul Azeez keluar daripada tempat mengundi di Sekolah Kebangsaan Pusat Cahbang Tiga, dekat sini.

Beliau dikatakan memakai kad pas agen Barisan Nasional (BN) kepunyaan Ibrahim Omar nombor kad pengenalan 660404-11-5335 dan mendakwa beliau merupakan anak tempatan sedangkan beliau adalah calon BN yang bertanding di kawasan Parlimen Baling, Kedah melawan Taib Azzamuddin daripada PAS.

* Pengerusi Putera Umno ditahan
* 7 Trak FRU di Ladang
* Kereta disyaki bawa pengundi hantu ditahan

7 Trak FRU di Ladang

Petugas-petugas PAS dan Pakatan Rakyat mulai bimbang dengan kehadiran lebih ramai anggota polis simpanan persekutuan (FRU) di beberapa pusat pengundian yang disifat agak panas.

Menurut laman Harakah, kehadiran anggota keselamatan itu dicurigai kerana bilangan di sesetengah tempat begitu ramai sehingga ada tujuh trak iaitu di Sekolah Kebangsaan Ladang.

Manakala di tempat-tempat lain termasuk di Wakaf Mempelam, Dun Bandar dan Dun Batu Buruk juga kelihatan trak FRU.

Kereta disyaki bawa pengundi hantu ditahan

Malaysiakini melaporkan, sebuah kereta ditahan oleh penyokong Pakatan Rakyat daripada memasuki kawasan Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman di Batas Baru, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, kerana disyaki membawa pengundi hantu.

Menurut Timbalan Ketua KeADILan Terengganu, Razali Alias kumpulan kereta berkenaan ditahan pada kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Katanya kepada berita onbline itu, kereta tersebut membawa tiga orang penumpang ketika hendak memasuki kawasan sekolah berkenaan.

Razali berkata, mereka menyerbu ke arah kereta itu ketika ia berhenti di pintu pagar sekolah, kerana ia membawa tiga orang penumpang.

Ditanya mengapa mereka menyerbu kereta tersebut, Razali berkata, mereka berbuat demikian kerana mengesyaki penumpang itu mungkin pengundi hantu.

“Kami terdengar pemandunya memberitahu pengawal di situ yang dia anggota polis dan menunjukkan kad kuasa polis,” katanya ketika kepada Malaysiakini.

Jumaat, 16 Januari 2009

Teruskan Perjuangan Arwah Dato Razali

12 jam sebelum pembuangan undi bermula. Saya mahu tambah lagi 1 artikel perspektif.

UMNO menyarankan agar rakyat KT meneruskan perjuangan Dato' Razali. Beliau terkenal dengan sikap low-profile, dan memang boleh diharap untuk buat kerja, yang paling jelas beliau tidak mengamalkan politik wang. Semua orang tahu itu. Kerana itulah, walaupun PAS menang 3 dari 4 kerusi DUN di KT, tapi untuk kerusi parlimen beliau tetap menang-untuk UMNO.

Ternyata saranan ini sesuatu yang tepat. Perjuangan dan sikap arwah haruslah dicontohi dan dikenang. Jangan kecewakan beliau. Saya setuju!!

PAS juga bersetuju agar pengundi KT mengingati dan menghargai jasa arwah sewaktu hidupnya. Eh eh, kenapa pulak??

Arwah pernah bercerita secara peribadi satu kisah.

Pada satu malam, beliau telah lewat untuk menghadiri mesyuarat 1 UMNO bahagian. Kenapa beliau lewat? Kerana beliau melawat seorang penduduk miskin di kawasannya yang kesusahan. Wan Farid serta abangnya Wan Hisham telah lama memulakan mesyuarat itu. Sebaik sampai, kelewatan arwah dipersoalkan. Apabila arwah memberitahu kisah sebenar, kata Wan Farid "kenapa nak bagi prioriti kepada orang-orang itu? Kita kena utamakan parti". Begitulah.
Arwah menjawab "Kamu lahir terus senang. Kamu tidak tahu macam mana orang susah hidup. Saya asal susah. Saya tahu apa yang mereka rasa." Arwah terus beredar dan meninggalkan mesyuarat itu dalam perasaan sebal.

Apa jua yang berlaku. Kenanglah jasa dan kebaikan arwah. Undi anda adalah rahsia.

P/s: arwah kalah dalam perebutan jawatan dalam UMNO bahagian sedangkan beliau adalah timbalan menteri. Kenapa ye??

Khamis, 15 Januari 2009

Isu Minyak - apa PAS dan BN kata.

Isu minyak boleh dibahagi 2 bahagian. Royalti. Kenaikan/penurunan harga.

Royalti.
BN kata,
- royalti sudah dikembalikan. Jadi tiada sebab lagi untuk rakyat Terengganu tidak puas hati. Terengganu bakal senang. BN melakukan kebaikan.
- dengan dana royalti yang banyak itu, ekonomi rakyat akan dipulihkan.

PAS kata,
- royalti memang hak rakyat Terengganu sejak PETRONAS ditubuhkan. Kenapa hak royalti dipertikai sewaktu PAS menang (99). Atas dasar apa pula royalti dibagi semula sekarang. Tidakkah itu menunjukkan putar belit BN?
- Terengganu dapat royalti dari dulu.Negeri ke-2 terkaya.Rakyat ke-2 termiskin. Semasa PAS memerintah(99), tanpa royalti, berjaya kurangkan kemiskinan (ke-4 termiskin).

*tentang status Ranking Negeri Termiskin, kita boleh pergi lebih dalam perdebatan PAS-BN ini.
Untuk statistik terbaru,
PAS(malalui Hj. Hadi) mendakwa Terengganu kembali menduduki ke-2 termiskin sejak BN ambil alih 2004.
BN(Idris Jusoh) kata, Terengganu di tempat ke-4.
Fakta siapa betul?? Entah lah.
Tetapi, ada satu lg hujah Hj. Hadi yang make sense for me.
"nombor 2 atau 4 TERMISKIN, tak kisah la. Masih teruk memandangkan Terengganu ke-2 TERKAYA"
Betul jugak tu. Apo nak dikato.

Harga Minyak
BN kata,
-harga naik semasa perlu naik, kerana pasaran dunia. sekarang dah turun,minyak pun turun. Malah lebih rendah dari harga asal sebelum dinaikkan. BN memang serius dengan kawalan harga minyak pada harga sewajarnya. Saya setuju!!!
-Banyak juga BANNER harga minyak turun kelihatan.

PAS kata,
-harga minyak naik menaikkan harga barang. harga minyak turun, harga barang kekal tinggi.rakyat terbeban dek kerana keputusan BN itu. Saya pun setuju!!!

*kalau macam ni saya pun nak jadi PM lah. Harga minyak Rm0.50 sahaja. Ikut harga minyak di Brunei. Naiklah mcm mana tinggi pasaran dunia pun, minyak dia mcm tu jugak. TERENDAH di DUNIA. Kenapa, Brunei kan pengeluar minyak, so harga minyak tak boleh la tinggi. Haha.

Helikopter PAS

Ini gambar helikopter PAS yang sempat saya snap.
Lokasinya, Jalan Tok Adis, Kuala Ibai, dekat Ibai Golf.

Helikopter BN berada di Bukit Depu, kira-kira 1.5km dari heli PAS ini.
Saya akan cuba dapatkan gambarnya dan letak di sini-kalau sempat la.

24 Jam lagi pilihanraya akan berlangsung!!!!!

Lagi Gambar P36 KT





Warna Warni KT Menjelang Pilihanraya Kecil










KT Redup

Cuaca di Terengganu boleh kita consider 'berawan' walaupun kadang-kadang tiada awan. Haha. Sebabnya bendera serta poster yang digantung merentangi jalan sangat meriah, dan banyak, dan cukup untuk meredupkan jalan-jalan raya yang baru diturap kembali(ada orang kata ni projek segera nak ambik hati rakyat).

Angin Raya Cina yang bertiup juga membantu menambah lagi seri bila bendera-bendera berkibar riang. Memang best.

Malam tadi saya sempat ronda-ronda KT dengan motor baru(haha). Kawasan yang sempat saya cover hanyalah sekitar Bukit Besar. Maknanya DUN Ladang dan Batu Burok.

PAS masih aktif berceramah. Banyak betul. Tidak kurang dari 7 markas mengadakan ceramah. Mungkin lebih. Saya tidak pasti. Penceramah pula dari seluruh pelusuk Malaysia. Isi ceramah merangkumi semua topik-topik yang pernah kita ketahui berkaitan dengan politik Malaysia, dan juga isu isu calon. Nak cerita kat sini takut tak muat memori komputer pembaca pulak.Hihi.

Dalam kawasan yang saya round semalam, tiada mana mana markas BN yang mengadakan ceramah. Orang PAS kata, BN dah sejuk la tu. Tetapi mungkin jugak mereka berkubu di Stadium Negeri. Kerana ada program solat hajat oleh BN, Pak Lah pun ada turun. So mungkin semua markas sejuk kerana ramai memanaskan stadium negeri.

Semalam juga ada sumber memberitahu 3 motorsikal dikenalpasti melakukan sabotaj ke atas bendera parti bertanding. Bendera parti mana? Saya tidak pasti. Motorsikal tersebut adalah

TAP 6144
PEB 2146
TM 8903

Begitulah laporan sekitar Bukit Besar.

Rabu, 14 Januari 2009

Masihkah Kau Ingat

12 Januari, bermula 9 malam. Program ceramah BN dijalankan berhampiran Pasar Chabang Tiga. Bertemakan “masihkah kau ingat”, TPM menjadi penceramah utama. Fokus ceramah ini mengingatkan pengundi KT bagaimana keadaan negeri sewaktu di bawah pemerintahan PAS penggal 99 dulu.

Antara perkara yang diungkit adalah kelembapan ekonomi, persekitaran yang kotor, pembangunan yang perlahan. Dan hadirin juga terlibat apabila isu-isu itu dilontarkan dalam bentuk soalan, dan hadirinlah yang menjwabnya.

Menurut laporan Harian Metro, seramai 1000 orang hadir pada program itu. 1000? Are you sure? Takkanlah penyokong penamaan calon 45000, yang hadir “masihkah kau ingat” seribu je? Mungkin Metro tersilap. Mungkin betul. Saya tiada di tempat kejadian, jadi saya tak boleh bagi jawapan.

Tetapi andai benar hanya 1000, BN confirm kalah. Senang cerita. Kerana crowd minima di ceramah-ceramah PAS jauh lebih besar.

Pada masa sama, sudah tentu ceramah-ceramah PAS juga ada menjawab dan membidas isu-isu BN.

In reaction to what were mentioned by Najib, PAS mempertahankan diri apabila mengingatkan bahawa sewaktu 99, mereka beroperasi tanpa kewangan bila mana sumber royalty tidak dapat mereka gunakan (royalty waktu itu diberi kepada UMNO kawasan melalui skim wang ehsan). PAS juga menggunakan nada perli apabila bertanya “BN mempersoal apa yang PAS buat selama 4 tahun memerintah. Apa yang BN buat sepanjang lebih 40 tahun?”

Untung Segera dengan Pilihanraya

Kemeriahan pilihanraya kecil ini pastinya akan merancakkan ekonomi setempat di KT. Kenapa? Kerana, bayangkan dengan semua aktivis politik berkampung di KT, pastinya industri hotel dan rumah penginapan mendapat habuan.

Contohnya, seorang PEMUDA Keadilan memberitahu, sekumpulan 70 PEMUDA dari Perak menginap di Hotel Grand Continental. Itu baru satu. Bayngkan pula barisan para Menteri yang menginap di sini. Pastinya suite suite room yang sebelum ini basi, bergemerlapan bila kini berpenghuni. Selain hotel, rumah rumah HOMESTAY jugak FULL HOUSE. Rezeki lah ni namanya.

Selain dari tempat-tempat tinggal, Terengganu yang glemer dengan keropok lekor terbaik di Malaysia, pastinya industri kecil ini sedang BOOOM. Dan, setelah pilihanraya berakhir 17 Jan, 18 Januari pastinya mereka membuat kutipan REKOD. Semua yang pulang pasti tidak sah tanpa keropok lekor. Dok gitu??

Lagi, kain batik? Sutera? Rancak sungguh. Kalau begini, pasti para peniaga berharap selalulah ada pilihanraya kecil kan. Haha.

Selain sektor perniagaan meraih tempias rahmat, ada lagi bentuk-bentuk rezeki lain.

Antaranya, wang melimpah-limpah masuk ke poket para pengundi. Bukan sahaja wang, malah bentuk hadiah yang lain juga tidak ketinggalan.

Antaranya, PUTERI UMNO menawarkan oven kepada ahli-ahli baru untuk menyertai mereka. Hal ini diceritakan sendiri oleh sekumpulan pelajar baru GIAT MARA di Batu Burok, yang disapa seorang peraih undi PUTERI. Elok juga tu. Tengah belajar memasak, dapat pula oven. Bole try resepi sendiri kat rumah. Alhamdulillah.

Bantuan juga (dalam bentuk wang, dan hamper keperluan harian) banyak dihulurkan kepada masyarakat setempat setiap kali BN mahupun Kementerian-kementerian mengadakan program di sekitar KT.

Nak dijadikan cerita pula, ada seorang jiran yang mengunjungi jirannya. Setelah diberi salam, maka terjongol keluar lah kepala tuan rumah. Setelah menjawab salam, tuan rumah pun mengeluh seraya berkata, “la, ingatkan PUTERI tadi. Saya tengah tunggu PUTERI ni. Dengar cerita mereka bagi duit”. Begitulah. Dan ditambah lagi “Kalau Muslimah yang datang tak dapat apa-apa”.

Nak kata ini politik wang? Mungkin inilah dia. Mungkin juga tidak. Biarlah orang nak bagi duit kan. Rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari. Dok gitu?

Pada masa sama, saya ada terbaca satu poster PAS yang menyebut, “BN bagi duit, ambil jangan tak ambil. Nanti pangkah PAS.” Begitulah. Undi anda kan rahsia. So, orang nak bagi emas segunung pun ambil lah, itu kan rezeki. Undi anda, anda tentukan. Nak senang cerita, boleh jugak undi calon Bebas. Kesian dia macam tak wujud je.

P/s: Walau apa pun, jangan rugikan undi anda (undi rosak atau undi sia-sia). Pastikan ia membawa makna dan kesan kepada negara.

Selasa, 13 Januari 2009

Peluang 50 50 - pesara polis

Sembang sembang warung kopi di KT kini, tidak lain menyentuh perihal pilihanraya kecil.

Seorang pesara polis, yang dulu pernah menjadi SB di zaman reformasi Anwar Ibrahim (1997), memberi komen yang agak menarik untuk saya kongsikan di sini.

Peluang kedua-dua parti adalah 50 50. dari segi isu, background, kekuatan sokongan dari ahli. Mereka seimbang. (Komen ini mengabaikan keupayaan calon bebas). Namun, dari segi calon, PAS dikatakan mempunyai kelebihan. Polis pencen ini berkata, Wan Farid bukanlah wakil rakyat. Dia adalah wakil elit. ertinya, jika kumpulan sasar adalah golongan atasan, mungkin dia adalah feveret. tetapi, di kalangan rakyat biasa, Wan Farid tidak akan mendapat sokongan.

Apa yang saya dapat simpulkan berdasarkan komen ini semata-mata, pesara polis ini meletakkan kebarangkalian PAS akan menang. Namun, kemenangan PAS di sini tidak boleh diterjemah dari segi kemenangan perjuangan mereka mengatasi perjuangan UMNO, kemenanangan isu yang dibawa PR berbanding isu yang ditawarkan BN. Kemenangan yang bakal dimiliki PAS adalah kemenangan calonnya mengatasi calon BN yang dilihat serba kekurangan(kecuali kedudukan kewangan) di antara kedua-dua mereka.

Walau apa jua sebab kemenangan mahu pun kekalahan mana2 pihak kali ini, ia tetap akan disebut2 sbg kemenangan yang menyeluruh, dan kekalahan secara keseluruhan parti terlibat. orang tidak akan menyebutnya sebagai kemenangan calon. percayalah.

Palestin diserang yahudi, KT diserang Malaysia

Beberapa hari sebelum Hari Penamaan Calon, trafik ke Terengganu dikatakan meningkat.

Sejak hari penamaan calon, keadaan di KT agak sesak dari biasa. Ternyata, penyokong BN dan PR berpusu-pusu datang untuk menghulurkan sokongan masing2.

Di pihak Pakatan Rakyat, pada malam selepas penamaan calon, Tian Chua, T.G Nik Aziz, dan Anwar Ibrahim telah bersama-sama T.G Hj Hadi berceramah di Ceramah Mega bertempat di Tanjung.

Lebih hebat lagi, sebelum calon BN diumukan (december), Wanita UMNO yang dikatakan bergolak dengan pemilihan dalam parti telah terlebih dahulu membuat event di Pasir Panjang. Venue yang sama juga digunakan beberapa hari kemudian oleh Najib untuk mengumumkan pemilihan Wan Farid sbg calon.

Itu hanyalah permulaan. Semenjak penamaan calon, malam2 di sekitar KT tidak sunyi dari copong-copong ceramah kedua-dua parti berpengaruh ini. Calon bebas?? Kenapa menyepi. Kalau begini macammana nak menang?

Ahli-ahli Keadilan, juga DAP tidak ketinggalan memeriahkan suasana. Di pihak BN, MIC dan MCA tidak banyak muncul. Tetapi sokongan penuh para menteri UMNO dapat dilihat dengan jelas. KT dah jadi PutraJaya buat sementara waktu. Najib setiap hari mempunyai program di sekitar KT. SEMUA kementerian juga mengadakan program. SEMUA. Yang belum turun hanya Pak Lah. Kenapa?

Barulah saya faham apa yang cuba disampaikan seorang teman tahun lepas bila dia menyebut, Ijok dah jadi Malaysia. satu Malaysia turun ke sana. Penuh. Terengganu pun begitu juga sekarang ini.

Seingat saya, hampir semua Menteri Besar Pakatan Rakyat ada berceramah di sini. Menyampaikan pengalaman mereka di negeri masing-masing. Menterjemahkan pendapat mereka tentang situasi politik negara.

Pastinya BN tidak jauh ketinggalan. Dengan barisan Menteri-menteri yang turun, pstinya banyak yang mereka boleh sampaikan.

Tapi syukur, dengan seruan yang dibuat oleh Hj. Hadi " Jangan memandai bertindak sendiri, jangan serang bas kalau ada pengundi hantu, biar pihak pimpinan yang handle, ikut arahan". Dan seruan ini dilihat diulang oleh pimpinan PAS yang lain. Keadaan terkawal

Penyokong BN juga tiada membuat provokasi yang boleh mencetuskan huru hara. POSITIF. So, kalau dah macam ni, kenapa perlu polis yang banyak itu??

Rasenya, inilah perhimpunan muhibah yang sangat baik. Seluruh aktivis politik Malaysia, dari golongan pemuda, dan atasan, berhimpun di sebuah kawasan parlimen. Masing masing menyampaikan hasrat masing2. DALAM KEADAAN AMAN. Alangkah bagusnya.

Siapa kata kedamaian tidak boleh dicapai? Tetapi kenapa Palestin tetap diserang. Rakyat mereka dibom. Mayat bergelimpangan. Apa yang kita buat?

Tatkala parlimen menjalankan tugas, menggunakan kuasa parlimen untuk menunjukkan sokongan kepada Palestin, kenapa pula aktivis kemanusiaan di selangor tiba-tiba ditangkap? Ini yang saya tidak faham.

Tatkala kita aman, jangan lupa saudara kita di sana. Sekurang-kurangnya, panjatkanlah doa untuk mereka.

YA ALLAH, SELAMATKANLAH BUMI PALESTIN DARI KEKEJAMAN MUSUH MUSUH MU YA ALLAH. AMIIN.

Kawalan Keselamatan

Sejak sebelum Hari Penamaan Calon lagi, khemah-khemah putih dibina di sekitar kawasan Kuala Terengganu. Tanda tanya terjawab apabila polis dilihat melepak di khemah-khemah tersebut.

Menjelang hari penamaan calon, polis dilihat di mana-mana di sekitar daerah. Keadaan memberi gambaran seolah olah kekacauan sedang berlaku walau pun keadaan sangat aman dan normal.

Tetapi, mungkin persiapan diadakan sekiranya keadaan kacau bilau setelah penamaan calon bila mana kempen berjalan. Tetapi keadaan KT tetap aman. Alhamdulillah.

Pada waktu itu, sejumlah 6000 orang anggota polis di sebut telah berkampung di KT.

Saya sempat berbual-bual dengan 4 orang anggota polis yang sedang off-shift ketika menonton ManUtd vs CHelsea. Saya difahamkan, shift mereka hanyalah 6jam. So, sehari ada 4 shift. Dan kita dapat melihat terdapat 2 ke 4 orang di setiap khemah polis.6000 bahagi 4 polis, bahagi 4 shift, saya meramalkan ada 375 khemah di seluruh KT. Wow. Banyaknya.

Patut la saya terdengar komen seorang mak cik di kedai goreng pisang berkata, "sekarang macam tengah perang. Polis di sana sini, yang bergerak dgn kereta peronda, dan yang duduk diam dekat khemah mereka".

Sehingga 12 Januari pula, dikatakan jumlah terbaru adalah 10,000 orang anggota ditempatkan di sini. Dan menurut cakap-cakap orang awam lagi, menjelang hari pembuangan undi, jumlah semuanya akan menjadi 12,000.

Kebelakangan ini pula, menurut laporan berita di TV, kejadian jenayah di seluruh negara makin ganas. mungkin dari kuantiti, masih jumlah yang sama, tapi tahap bahayanya kes kes jenayah ini kelihatan makin serius. Adakah para penyangak mengambil kesempatan bila polis di tempat mereka kurang?? Mungkin juga.

Melihat dari satu sudut, pihak berkuasa mungkin sedang belajar dari pilihanraya kecil permatang pauh. Justeru mereka menempatkan lebih ramai polis sejak dari awal lagi. Namun, secara peribadinya, saya berpendapat, bila keadaan adalah terkawal dari awal, tidak perlulah menambah lagi bilangan 6000 yang asal itu kerana kelihatannya tidak perlu.

Yang menjengkalkan pulak, polis-polis yang ramai ini kadangkala membuat road-block di tempat-tempat tertentu. Tetapi sekadar melambatkan pergerakan trafik. Mereka tidak menahan atau memeriksa apa2, sekadar berdiri di tengah jalan, membiarkan hanya 1 lorong untuk dilalui. Ini yang saya tidak faham motifnya. Adakah sekadar ambik syarat supaya nampak macam buat kerja??

Bagaimanapun, JALANKANLAH TUGAS ANDA SEBAIKNYA.

Profile Calon PAS Abd Wahid Endut



Nama: Mohd Abdul Wahid bin Hj. Endut
Umur:51 tahun
Tarikh lahir:29 hb September 1957
Tempat kelahiran:Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu

Fakta:
Taraf Pendidikan:
1. Sekolah Rendah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
2. Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu 3. Universiti Pertanian Malaysia ( UPM ) Serdang
Pengalaman kerja:
1. Pegawai Tadbir UPM
2. Peniaga
3. Exco Kerajaan Negeri Terengganu – 1999 – 2004
4. ADUN Wakaf Mempelam sejak 1990 – hingga sekarang
Jawatan Dalam Parti:
1. Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu
2. Yang Di Pertua PAS Kawasan Kuala Terengganu
3. 10 tahun menjadi pemimpin Pemuda

Pemilihan beliau dilakukan sendiri oleh Presiden PAS, Tuan Guru Dato Seri Hj. Abdul Hadi bin Awang dan diumukan oleh Tuan Guru juga di Stadium negeri.
Calon lain yang turut dipertimbang adalah Syed Azman dan Datuk Mustapha Ali. Dikatakan, Syed Azman menjadi pilihan golongan muda, manakala Mustapha Ali menjadi pilihan veteran. Bagaimana pun, ketiga-tiga calon mengaku tidak pernah meminta bertanding, dan menerima apa sahaja keputusan Dewan Ulama.

Profile Calon BN Wan Farid


Nama : Dr. Wan Ahmad Farid Wan Salleh
Umur : 46
Asal : Kuala Terengganu

Fakta :
-lulusan Universiti Thames Valley, London dalam bidang guaman.
-Pada 1987, beliau menjadi peguam termasuk peguam syarie dan menjadi setiausaha Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu.
-Di dalam politik, beliau menjadi ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu pada 1995 sebelum menjadi Ketua Pemuda bahagian pada 1998 dan menjadi menjadi exco pemuda Umno pusat dari 1999 hingga 2004
-Pada tahun 2001, beliau dipilih menjadi timbalan ketua Umno bahagian Kuala Terengganu sebelum dilantik menjadi setiausaha politik kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada 31 Disember 2003 dan sekaligus beliau meninggalkan kerjaya peguamnya.
-Menjadi ketua Umno bahagian Kuala Terengganu apabila mengalahkan penyandang jawatan, Senator Datuk Roslan Awang Chik.


Pemilihan beliau diumumkan pada penghujung December 2008 oleh Datuk Seri Najib, boleh dikatakan setelah hanya beberapa jam diumumkan sebagai senator. Beliau dicadangkan oleh Perdana Menteri Malaysia sendiri yang juga Presiden UMNO dan BN.
Dikatakan terdapat beberapa nama lain yang turut dikaitkan untuk bertanding pada kerusi tersebut dari UMNO termasuk Datuk Che Mat Jusoh, Zubir Embong (calon fevret Menteri Besar Terengganu), Wan Sohor Bani Leman (??), dan beberapa lagi (sila tambah kepada yang tahu).

Profile Calon Bebas



Nama: Azharuddin Adam
Umur :46
Fakta:
Pendidikan : Lulusan Food Technologies dari Universiti Putra Malaysia (UPM)
Pekerjaan: ahli perniagaan.

Calon bebas yang bertanding dalam pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu adalah seorang ahli perniagaan dan merupakan anak kepada bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu Tan sri Wan Mokhtar Ahmad.
Sebelum menjadi setiausaha politik kepada wan Mokhtar, Ayah beliau, Adam Taib merupakan pengarah pelajaran negeri Terengganu.
Kemudian beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Wan Mokhtar selepas bersara wajib dari Jabatan Pelajaran Terengganu.
Adam Taib menjadi SUP MB sehingga tahun 1999 dan kemudian kerajaan Terengganu bertukar tangan kepada PAS.
Pada tahun 2004 selepas BN dapat menawan semula Terengganu dengan cara yang sangat jijik, Ayah kepada Azharuddin ini dilantik pula sebagai pengarah U-Best di zaman Idris Jusoh.
U-Best adalah sebuah agensi kerajaan negeri yang dibentuk menggantikan unit Pembangunan Insan dizaman Kerajaan PAS.U-Best dilihat bekerja untuk kepentingan Umno.
Azaharuddin merupakan ahli perniagaan yang dikatakan sangat kecewa dengan kerajaan negeri yang ada pada hari ini kerana beliau seringkali dipinggiran sejak akhir-akhir ini.

Penamaan Calon 6 Januari


Proses penamaan calon pilihan raya kecil Kuala Terengganu telah berjalan pada 6 Januari bermula sebentar 9 pagi. Pengurus pilihan raya kecil kali ini ialah Mat Razali Kasim.

Calon pertama masuk ialah calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Sallh diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN.

Difahamkan, dalam masa yang sama, rombongan penyokong dua parti yang bertanding iaitu BN dan PAS membanjiri Stadium Negeri bagi penamaan calon ini yang dianggarkan mencecah 20,000. Sumber Harian Metro menyebut 45000 penyokong BN hadir dan berpuluh ribu juga penyokong PAS hadir tetapi tidak seramai BN. Sumber dari seorang awam yang berada berdekatan hospital (seberang jalan setentang dengan stadium negeri) berkata,
“PAS supporters outnumbered BN’s. BN is in trouble”.
Justeru, kita tidak pasti apakah bilangan yang sebenar.

Kira-kira pukul 9.20 pagi, calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endot memasuki pusat penamaan calon diiringan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

Kira-kira lima minit kemudian, calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun Mohamad pula tiba dengan diiringi seorang penyokongnya. Anehnya, kurang daripada 5 mnit kemudian, calon AKIM ini keluar dari stadium negeri. Beliau menerima sorakan dari penyokong PAS dan BN. Sebab sebenar beliau membatalkan hajat daripada bertanding tidak diketahui.

Kira-kira pukul 9.30 pagi, seorang lagi calon bebas iaitu Azharudin Adam masuk ke dalam pusat penamaan calon untuk menyerahkan borang penamaannya.
Pemimpin-pemimpin yang bertanding pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu ini menyifatkan ia sebagai pertarungan 'survival masa depan' yang paling sengit.

Sebelumnya, Wan Ahmad Farid berkata: "Jadikan pilihan raya kecil Kuala Terengganu sebagai tempat kebangkitan semula BN yang dikatakan tiada lagi masa depan."

Mohd Abdul Wahid pula memberitahu, pihaknya sudah bersedia untuk menghadapi permulaan cabaran pada pagi ini.
"Kami sudah bersemangat untuk menghadapi proses penamaan calon esok (hari ini)," katanya ketika ditemui pada majlis pertemuan ahli Kelab Penyokong PAS, di sini, lewat petang semlam.

Sebelum itu, tiga calon telah mengesahkan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil ini termasuk seorang calon bebas iaitu Isma Airfath Hassanuddin.

Penyokong sebenarnya telah mula berkumpul sejak lepas subuh.
PAS bergerak dari Bulatan Batu Bersurat manakala BN berkumpul dari kediaman Menteri Besar.
Bagaimanapun, sehingga pukul 8.20 pagi ini, belum ada pergerakan bagi kedua-dua parti BN dan PAS. Suasana ini agak berlainan berbanding penamaan calon di Permatang Pauh di mana suasana hangat telah dirasai seawal pukul 7.30 pagi.
Penyokong-penyokong BN didapati sudah mula berkumpul di kediaman rasmi Menteri Besar bermula jam 6.30 pagi manakala para penyokong PAS pula sedang memenuhi kawasan Bulatan Batu Bersurat tersebut sedikit demi sedikit.
Sebelum ini, pemimpin kedua-dua parti telah berjanji akan menghimpun sekurang-kurangnya 10,000 penyokong di pihak masing-masing.

Isnin, 12 Januari 2009

Tumpuan Malaysia di Kuala Terengganu sehingga 18 Januari

Pemergian Allahyarham Datuk Razali Ismail mewujudkan kekosongan di kerusi Parlimen Malaysia P36, Kuala Terengganu.

Sejak dari itu, kawasan parlimen Kuala Terengganu menjdai perhatian seluruh Malaysia. Pilihanraya Kecil P36 Kuala Terengganu akan dijalankan pada 17 Januari. Penamaan calon telah berjalan pada 6 Januari.

Blog ini akan bercerita tentang warna warni proses pilihanraya kecil ini secara GENERAL. Para pembaca yang ingin mengemukakan komen, sila jangan berkelahi. Gunakan fakta dan pendapat, dan elakkan bentuk-bentuk emosi yang keterlaluan.