Rabu, 18 Februari 2009

Serangan Moral Pemimpin

Dalam panas mengatakan perihal Elizabeth, Agendadaily menyiarkan gambar ini.



Gambar Elizabeth menggtal dengan MB Selangor ini.
Tujuan sebenar penyiaran gambar ini tidaklah dinyatakan.

Tetapi secara tafsirannya, ia mendedahkan moral subjek dalam gambar, yakni pemimpin-pemimpin PR yang diwar-warkan bermoral dan berpegang teguh pada agama(bagi yang Islam).

Memandangkan saya sentiasa membuat artikel perspektif, untuk adil, saya siarkan juga gambar yang disebar sendiri oleh BN, dalam website monsoon cup nya.


Gambar PakLah, imam Islam Hadhari yang memegang bahu telus amoi(cun gak, hehe) dan tangan beliau turut diusap sama oleh leng loi ini.

Ini antara material yang digunakan PAS dalam pilihanraya dalam menyeru umat Islam di Malaysia menilai semula pemimpin Islam dalam UMNO, dan juga konsep Islam Hadhari yang dibawa oleh Pak Lah. Mungkinkah ini antara material yang mengalahkan BN di P36 tempoh hari?

Menurut bacaan-bacaan yang dibuat, banyak gambar moral-rendah pemimpin BN yang boleh didapati. Termasuk juga perangai tidak-Islam isteri-isteri pemimpin Islam BN.

Persoalan:
Adakah PR memang tidak beretika dan mengamalkan politik negatif dengan menggunakan material-material menunjukkan kepincangan akhlak pemimpin BN sebagai modal?
Atau BN memang tidak memiliki pemimpin bermoral-tinggi untuk disandarkan?

p/s: banyak lagi gambar jelik pemimpin BN yang sesuai untuk dipos di sini, tapi memandangkan saya hanya jumpa 1 gambar pe-el tak elok PR, saya tak siarlah gambar-gambar tu. Saya bagi seri. 1-1.

Skandal di Kalangan Ahli Poilitik

Hangat dibincangkan dalam berita sehari-harian perkembangan di Selangor.
Adun PKR, wanita, telah didedahkan gambar-gambar tidur beliau. Semua tahu banyak pasal ini.

Kali ini, pokok isunya adalah moral.

Isu yang saya mahu ketengahkan adalah pertelingkahan antara pemimpin-pemimpin lain tentang Elizabeth ini.

BN Selangor(Khir Toyo) menyarankan Elizabeth letak jawatan. Sebabnya, Elizabeth tidak bermoral, dan dulu di Johor Menteri BN telah letak jawatan kerana video nya telah disebarkan.

PR secara umum menegaskan Elizabeth patut kekal. Kerana beliau bagus bertugas. Kerana beliau teraniaya, di mana hak peribadi (tidur) beliau telah diceroboh dan dikhianati. Dan, kes ini tidak sama dgn Soi Lek.

Mari kita teliti satu persatu fakta kes.

Soi Lek:
Menteri
Berkahwin
Lokasi hotel
video diambil secara curi CCTV
Video tersebar, melakukan seks dengan wanita muda(bukan isterinya)


Elizabeth
Exco
Bujang
Lokasi rumah sewa sendiri.
gambar diambil dipercayai diketahui mangsa.
Gambar (dan video) beliau sedang tidur(dan aksi intim?) dipercayai diambil oleh teman lelaki sendiri


Ternyata ada persamaan, dan perbezaan.

Faktor pertama, sama, berjawatan dlm kerajaan.

Kedua, seorang bujang, lagi 1 berkeluarga.
Adakah yang berkelurga haruslah berkelakuan baik dan tidak mengkhianati keluarga sendiri?
Atau, si bujang mesti berkelakuan baik, dan berkahwin jika perlu?

Ketiga, hotel vs rumah sendiri
sendiri fikirlah.

Keempat, rakaman curi vs gambar dibenarkan?
adakah soi lek teraniaya kerana ada pihak curi-curi merakam video beliau?
adakah elizabeth tidak bermoral kerana membenarkan (teman lelaki?) mengambil gambar beliau sedang tidur - separuh bogel?

Kelima, video seks vs gambar bogel.

Baiklah.
Komen dari Soi Lek kepada Elizabeth, bersabar menghadapi cabaran in. Bererti, Soi Lek tidak menyalahkan Elizabeth. Kenapa?
Mungkin beliau faham apa yang dialami.
Mungkin ini strategi untuk buat dirinya rase tidak bersalah dan boleh kembali aktif berpolitik.

Kembali kepada Soi Lek vs Elizabeth.
Secara umum, Soi Lek telah melakukan perkara yang teruk iaitu mengadakan hubungan sulit, dan melakukannya di hotel.
Elizabeth pula, telah tidur separuh bogel dan ini tidak salah. Tapi andai benar beliau membenarkan teman lelakinya mengambil gambar itu, bererti beliau juga berada pada posisi melakukan perkara tidak bermoral. Justeru, letaklah jawatan, anda bersalah sama seperti Soi Lek.

Dari segi penyebaran, 2-2 berunsur politil. Usah kita nafikan hakikat ini.
Soi Lek dikhianati dari dalam - intraparti
Siapa yang khianat Elizabeth? interparti? intraparti? non-parti? Haha.

Perkembangan DUN Perak

Tatkala tumpuan politik negara terarah ke Selangor kini dek kerana gambar tidur Adun PKR yang telah didedahkan, Perak masih bergolak dengan pelbagai isu.

Spekulasi:
Adakah BN sengaja mengalih tumpuan ke Selangor agar Perak dipinggirkan kerana sudah menjangkan pergolakan terbaru ini akan terjadi?

Sebenarnya tidak perlu membuat spekulasi, kerana spekulasi akan dan sentiasa HANYA mengusutkan keadaan. Baiklah.

Saya menonton berita, dan juga membaca bahan-bahan dari initernet. Fakta isu ini sama dari kedua-dua sumber.
Dari apa yang saya faham.

Speaker DUN Perak telah menggantung MB BN Zambry dan 6 exconya dari menghadiri sidang DUN.
Keputusan dibuat berdasarkan undang-undang DUN Perak sendiri. Perlantikan Zambry dan exconya disifatkan sebagai menyalahi undang-undang tersebut, dan dikira menghina DUN.
Maka penggantungan dikenakan sebagai hukuman.

Itu sahaja. dari yang saya faham lagi, penggantungan ini tidak melucutkan jawatan yang baru mereka perolehi. Penggantungan hanyalah dari sudut tidak dapat menghadiri DUN.

Menurut harakahdaily, penggantungan ini akan menjadikan ahli sidang tinggal 52 orang, majoriti 4 lebih di pihak PR. Justeru, sidang DUN akan cuba dielakkan oleh kerajaan semasa.

Dari perspektif lain, bukankah arahan yang dilakukan ini boleh dilihat sebagai melanggar dan menidakkan titah sultan terhadap perlantikan Zambry. Hmmm... Satu perspektif yang mengelirukan.

Jika ini benar, adakah speaker telah menderhaka Sultan? Adakah kita akan melihat lebih banyak demonstrasi oleh PEMUDA UMNO membela Sultannya?

Cuma, adakah perintah Speaker ini sah dan wajib dituruti oleh Zambry and the geng? Atau pun, ada kuasa lain yang boleh membatalkan perintah Speaker ini? Saya tidak tahu dan saya ingin tahu.

Dari satu pihak lagi, mungkinkah PR akan kembali berkuasa? Bila? Bagaimana?

Satu aspek lagi, adakah kita akan mendapat lebih banyak info tentang isu ini dari media arus perdana? Atau kita mendapat lebih info tentangnya dari arus bawah tanah semata-mata?

Sama-sama kita saksikan.

Isnin, 16 Februari 2009

Mahathir Juga Kata Pak Lah Kekal PM

Jika post sebelum ini cerita pasal Nik Aziz, aku dok pusing-pusing internet nih, jumpe pulak artikel dari bekas PM.

sumber dari chedet.co.cc

1. Terdapat kegelisahan di Tingkat Empat. Selama lima tahun lebih, Tingkat Empat kadang-kadang lebih berkuasa daripada Kabinet atau Majlis Tertinggi UMNO. Mereka dapat tentukan dasar dan tindakan Kerajaan. Menteri-menteri kerap meminta pertolongan mereka dan pegawai tinggi Kerajaan merujuk kepada mereka sebelum membuat keputusan. Kontraktor melobi dengan mereka untuk mendapat kontrak dan pelabur juga mengguna khidmat mereka untuk mendapat kelulusan.

2. Dalam semua ini terdapat banyak peluang untuk memperkayakan diri.

3. Sesungguhnya tidak ada yang lebih memuaskan nafsu daripada kuasa tanpa tanggungjawab.

4. Malangnya, jika benarlah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan pada bulan Mac maka segala-gala kuasa ini akan hilang. Ini adalah satu malapetaka bagi Tingkat Empat. Apakah nasib mereka selepas Mac? Apakah mereka akan berdiam diri dan membenar malapetaka ini timpa mereka dengan begitu sahaja? Tidak adakah sesuatu yang boleh dilakukan oleh mereka untuk menangkis musibah ini?

5. Seperti biasa, terdapat banyak berita angin akan perancangan mereka. Jika boleh, mereka akan halang peralihan kuasa, sekurang-kurangnya buat sekian lama.

6. Kata berita angin mereka sedang menasihat Dato Seri Abdullah supaya tidak letak jawatan apabila sahaja Dato Seri Najib Razak jadi Presiden parti. Kata mereka tidak semestinya Presiden parti jadi Perdana Menteri. Ini bukan syarat dalam perlembagaan negara. Ia hanya amalan parti tanpa peruntukan tertulis. Yang menentu segala-galanya ialah Perdana Menteri. Jikalau Perdana Menteri tidak letak jawatan itu haknya, sepertimana memilih menteri atau timbalan perdana menteri adalah haknya. Biasa terjadi yang dipilih menjadi Timbalan Perdana Menteri bukan Timbalan Presiden UMNO.

7. Apakah Najib akan memberontak? Tidak. Jika ia ternampak akan memberontak ada cara untuk melawannya. Jika dapat dicetuskan keadaan tertentu, seperti rusuhan atau huru-hara, ini boleh dijadikan alasan untuk Dato Seri Abdullah tidak letak jawatan. Ramai ahli UMNO dan ahli Majlis Tertinggi pasti akan sokong Dato Seri Abdullah. Mereka semua terhutang bukan sahaja budi kepadanya.

8. Mungkin ada antara ahli UMNO yang menentang kuat dan bercadang untuk mengadakan undi tidak percaya dalam parti atau dalam Parlimen. UMNO boleh ditangani melalui cara biasa. Jika terpaksa hilang berjuta pun tak mengapa kerana kuasa Tingkat Empat boleh menampung dengan punca-punca yang sudah ada. Apa gunanya wang jika kuasa untuk mendapatnya sudah hilang?

9. Jika ahli Parlimen pula bercadang untuk mengadakan undi tidak percaya dalam Parlimen, ini tidak mungkin berjaya. Sebahagian daripada ahli Parlimen BN mungkin tidak akan sokong tindakan ini. Ahli parti lawan memang hendak Dato Seri Abdullah terus jadi Perdana Menteri. Mereka telah pun menyatakan sokongan mereka. Hadi Awang, Karpal Singh dan Anwar Ibrahim telah menyatakannya secara terbuka.

10. Dengan sokongan ahli parti lawan kepada Dato Seri Abdullah, sukar bagi BN mendapat cukup bilangan untuk meluluskan undi tidak percaya.

11. Jika undi tidak percaya dalam Parlimen tidak berjaya, Abdullah akan jadi PM yang amat lemah, kerana memerlukan sokongan parti lawan untuk meluluskan sebarang undang-undang yang dibawa ke dewan rakyat.

12. Kita sudah lihat bagaimana kelemahan Kerajaan pimpinan Abdullah telah memberanikan semua pihak untuk membangkitkan berbagai kontroversi yang mengugat kestabilan Negara. Keadaan Negara akan hampir kepada tahap tidak ada Kerajaan dan tidak ada undang-undang apabila Kerajaan Abdullah menjadi lebih lemah.

13. Di masa yang sama Negara akan hadapi krisis kewangan dan ekonomi yang lebih teruk dari 1997-1998. Pentadbiran yang lemah tidak mungkin tangani kemerosotan ekonomi yang jauh lebih teruk dari 1997-98. Rakyat akan menderita kerana peningkatan pengangguran dan bankrap. Jenayah akan bertambah dan keselamatan negara akan tergugat.

14. Bagi Tingkat Empat huru-hara dalam Negara tidak mengapa asalkan mereka dapat kekal sebagai kuasa dibelakang Perdana Menteri.

15. Mungkin cerita-cerita berkenaan usaha Tingkat Empat untuk mengekalkan Abdullah sebagai Perdana Menteri selepas Najib jadi Presiden UMNO hanya rekaan orang-orang tertentu, wallahuwaalam. Demikian jugalah dengan Labu. Si-Luncai pun terjun dengan segala-galanya.

Nik Aziz Mahu Pak Lah Jadi PM

Dipetik dari harakahdaily.net

PENGKALAN CHEPA, 16 Feb (Hrkh) - Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi diminta mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas perhimpunan agung Umno Mac depan bagi mengelakkan politik negara terus menjadi kalut.


Ini kerana PAS melihat Dato' Seri Najib Razak sudah terpalit dengan banyak isu dan kepemimpinannya semakin tidak dihormati rakyat di negara ini.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Abdullah usah mudah menyerah kalah kepada Najib biar pun pada perhimpunan agung Mac depan Presiden Umno sudah beralih kepada anggota parlimen Pekan itu.

"Kejadian penculikan tiga bekas Adun Pakatan Rakyat di Perak merupakan rancangan jahat Umno yang dikatakan turut melibatkan Najib. Ini kerana setelah menghilang diri beberapa hari mereka muncul bersama Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya.

"Bagi saya sahlah Najib punca kekalutan politik di Perak. Menculik wakil rakyat adalah salah dalam Islam. Malangnya perkara itu berlaku ketika Najib bakal menduduki kerusi Perdana Menteri tidak lama lagi," katanya.

Beliau ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur petang semalam.

Baru-baru ini Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Jelapang, Hee Yit Foong menghilangkan diri dan hanya muncul bersama Najib di Putrajaya bagi mengisytiharkan keluar dari Pakatan Rakyat.

Ekoran tindakan itu Najib mengadap Sultan Perak bagi membolehkan Menteri Besar BN dilantik.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, cara yang dilakukan Timbalan Perdana Menteri tidak kena adat orang timur dengan merampas kuasa melalui penculikan wakil rakyat.

"Saya tak dapat terima cara Najib memancing tiga Adun terbabit yang menghilangkan diri dan kemudian muncul di televisyen.

"Kalau di Kelantan perkara seperti itu kita katakan pekerjaan hantu raya yang menyembunyikan orang," katanya.

Oleh itu beliau berkata, Abdullah perlu mempertahankan jawatan sebagai Perdana Menteri sehingga menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 bagi mengekalkan kestabilan negara.

Menurutnya tidak sepatutnya beliau melepaskan jawatan disebabkan faktor kekalahan teruk Umno pada pilihan raya umum lalu, sebaliknya perlu terus memikul tanggungjawab tanpa mudah menyerah kalah.

"Kalau Dato' Seri Abdullah rasa tak bersalah dalam hal ini, mengapa harus ambil tindakan untuk berundur. Saya tak faham politik Umno sekarang," ujar beliau.

Katanya tidak menjadi halangan beliau terus kekal sebagai ketua kerajaan di Malaysia biar pun bukan lagi mengetuai Umno.

Ditanya mengenai tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melengah-lengahkan tarikh pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau sehingga mengambil tempoh 58 hari dianggap sebagai satu permainan politik.

"Saya tahu SPR boleh bertindak atas kuasa mereka tetapi apa yang berlaku sekarang tarikh penamaan calon dan pilihan raya ada kaitan dengan perhimpunan agung Umno Mac depan," katanya

Jumaat, 13 Februari 2009

Kes Liwat Anwar

Malam ni terbaca di forum tranungkite.net,

"beliau kini dipercayai semakin tenat dan menderita akibat penyakit misterinya. Apakah gara-gara "sumpah laknat" akibat mengaku diliwat oleg Anwar itu agaknya?. Sebelum ini kami pernah mendedahkan beliau berubat ke serata ceruk kampung untuk memulihkan penyakitnya. Hinggalah beliau terpaksa bertemu dengan seorang Tabib di Sungai Petani Kedah dan diarahkan oleh tabib terbabit agar Saiful memohon maaf secara terbuka kepada Anwar Ibrahim atas keterlanjurannya itu. Jika beliau akan menderita hingga ke hari tua. Wang berjuta yang diperolehi hasil habuan jadi "pelakon tambahan" itu akhirnya tiada bernilai lagi di dunia ini. Saiful bakal kehilangan segal-galanya nanti. Pengakuannya di TV baru-baru ini yang beliau tidak sakit adalah "lakonan semata-mata". Mungkin ketika itu "sakitnya agak reda" sedikit dan beliau boleh berjalan seperti biasa. Maklumlah, setelah berpuluh-puluh tabib dan bomoh mengubatinya, maka mungkin ketika itu beliau boleh bangun dan bergerak untuk seketika dan muncul bertemu media kononnya beliau sihat. Jika benar beliau sihat, kenapa harus "menghilangkan diri" serta takut berada di khalayak ramai. Sudah pasti orang akan bersimpati kepadanya. Namun kini, Saiful sebenarnya "malu pada diri sendiri", takut untuk keluar, takut untuk muncul di mana-mana serta takut pada "bayang-bayang sendiri". Apakah ini caranya orang yang menjadi "mangsa", sebaliknya Anwar yang dituduh itu pula lebih ceria, berani, serta nampak yakin dengan pertuduhan yang dibuat terhadapnya. Maka itu, sekarang fahamlah kita "siapa yang fitnah siapa sebenarnya" dalam kes liwat ini. "

Maka aku tergerak nak ulas sikit-sikit.

Soalan pertama, adakah Anwar benar-benar terlibat dalam sebarang kes liwat? Dengan kata lain, adakah Anwar ini mempunyai berahi terhadap kaum lelaki.

Banyak komen yang pernah didengar sejak kes beliau pada 1997.

Pertama, beliau punya isteri dan anak. Justeru tidak dapat dinafikan beliau straight. Dan dari point ini, ada orang kata MUSTAHIL beliau ada nafsu kat lelaki. Tapi pendapat ini sah salah kerana wujud lelaki(mahupun perempuan) yang bi-seks. Ertinya hentam dua-dua.

Next, komen dari seorang yang menghabiskan sisa sekolah menengahnya di sekolah lelaki (asrama penuh, semua lelaki). Yang ni kata, CONFIRM Anwar buat. Sebabnya Anwar dari MCKK. Memang confirm. Dengan bersungguh-sungguh.
Persoalannya, jika begitu adakah semua budak boy-school ni buat kerja tu? Secara logiknya, tak mungkin semua. Tapi kita tak nafi, dalam sekolah sejenis, memang ada yang jenis tu.
Dan persoalan kedua dari statement yang lelaki ini buat, jika benar bagai dikata, ertinya dulu dia pun buat jugaklah agaknya masa zaman sekolah. Mungkinkah? Bila ditanya, dia sendiri nafi. Hmmm... Baiklah.

Ketiga, kenapa kes Anwar digugurkan bila PakLah jadi PM. Mahathir yang beriya kata Anwar liwat. PakLah buat dek, siap nafikan bila dia PM. Eh eh, Najib nak naik timbul lagi isu ini. Mungkin Mahathir dulu cukup bijak. Dia nampak potensi MCKK Anwar, maka tuduhan yang berasas nak bagi kat Anwar adalah liwat. PakLah memang tak kisah kot. Tak pun dia harap bila dia lepaskan Anwar, rakyat berenti marah beliau, dan Anwar berterima kasih dan tak kacau pemerintahan. Najib pulak kena kesan tindakan PakLah, guna balik peluru Mahathir nak tembak Anwar nih.

sama-samalah kita tengok kesudahan filem aksi yang dibintangi mereka ini. Siapa menang, tu lah watak baik sebenarnya.Jangan lupa, hero sentiasa menang pada kesudahan cerita. Kalau hero tak menang, maknanya ada siri ke-2. Haha.

Isnin, 9 Februari 2009

Najib Takut dengan Pilihanraya

Penceramah ketiga dan terakhir, Ustaz Azhar Idrus.

Intipati ceramah beliau merangkumi fakta-fakta menunjukkan BN takut untuk berhadapan dengan pilihanraya. Beliau memberikan bukti dengan keengganan bubar DUN Perak.

Beliau seterusnya menjelaskan, UMNO adalah bodoh kerana masih tidak dapat melihat REASON kenapa rakyat akan tolak mereka. Kerana KEZALIMAN mereka dalam memerintah.

Beliau memberikan contoh pembangunan fizikal yang cacat di Terengganu dan juga semua perkara yang dapat dilihat dengan jelas di hadapan mata.


ketiga-tiga post Cermah Rusila ini adalah laporan daripada penceramah dan diterjemah dalam kata-kata oleh pengarang blog ini. Ia tidak bererti isi 3 post ini adalah pandangan peribadi penulis.

tuan guru haji hadi yang pada awalnya dijadual turut berceramah di Rusila, tidak dapat hadir kerana tidak sempat pulang dari Kedah kerana menghadiri majlis pengkebumian Ahli Parlimen P56 yg baru meninggal.

Erti Derhaka

Dato Mustapha Ali, Rusila 9 Feb.
Ceramah dari Mustapha Ali sangat panjang dan penuh dengan isi serta kisah-kisah sejarah yang menjadi bahan bukti perjalanan politik nasional.

Beliau memulakan dengan memberi jawapan secara PERUNDANGAN Malaysia, kenapa Nizar masih MB yang sah. Setelah MB dilantik dari pilihanraya dan diiktiraf oleh Sultan, peruntukan perundangan hanya memberi 3 CARA yang akan melucutkan jawatan MB dari Nizar.
Pertama, pilihanraya. Rakyat bersuara. Andai PR kalah, barulah Nizar terlucut jawatan MB.
Kedua, undi tidak percaya.
Ketiga, Nizar letak jawatan dengan rela hati.

Memandangkan tiada di antara 3 ini berlaku, maka Nizar masih sah sebagai MB. itulah sebabnya PR mempertahankannya.

Dato Mustapha Ali juga menyatakan istilah perompak untuk Najib dia atas tindakan merampas kerajaan Perak ini.

Lagi, beliau juga menerangkan hak SPR dan Speaker DUN.

Speaker ada hak menyatakan kekosongan kerusi DUN.
SPR mesti mengumumkan pilihanraya.
Buktinya, di Kelantan pada 66(kalau saya tak sila dengar), bila ada 2 Adun keluar parti. Maka menurut perlembagaan tubuh negeri Kelantan mereka terlucut dari kerusi DUN. Terus, SPR mengumumkan p/raya kecil, dan dimenangilah oleh individu lain.
Bagaimanapun, 2 Adun tersebut menang di mahkamah, maka mereka kembali menduduki kerusi DUN masing-masing dan wakil rakyat baru dilucutkan.
Dato Mustapha meminta agar prosedur sama dijalankan. P/raya kecil di DUN Perak yang melompat tu, kalau mahkamah buat keputusan sebaliknya itu adalah hal seterusnya. Beliau seterusnya menyelar bahawa SPR dikawal oleh Najib.

Hal yang lebih hangat dijawab juga oleh beliau. Isu derhaka.

Beliau memulakannya dengan memjelaskan wujudnya bahasa istana, yang jarang kita gunakan, dan ada istilah yang kita tidak tahu.
Dan, Nizar telah menggunakan istilah 'mohon derhaka' kepada Sultan.
Bila adanya ketidak-sependapatan antara rakyat dan Sultan, untuk menyatakan tidak sependapat itu, istilah mohon derhaka digunakan. Ini bererti bukan menderhaka seperi yang kita semua faham sebelum ini. Ia adalah satu istilah (aka term) sahaja.
Beliau kemudiannya menyelar UMNO yang ketandusan modal dalam memburukkan PR dengan perkataan derhaka ini, dan media TV turut digunakan untuk modus operandi. Lagi, beliau membuka mata semua yang mendengar apabila mengingatkan bahawa Sultan tidak berkata (apatah lagi murka) dengan tindakan Nizar. Kenapa? Kerana tindakan Nizar tidak salah.

Tetapi, Dato mengingatkan PERANGAI UMNO semasa mahupun Derih Jusco jadi MB tahun lepas, UMNO inilah menggunakan perkataan "Natang" ditujukan kepada Tuanku Agong. Jadi siapa yang lagi derhaka??

Sambung beliau lagi, menegaskan PR tidak berhajat menyaman Sultan. Hanyalah pendapat Karpal seorang sahaja. tetapi beliau ada menyatakan, tindakan mahkamah akan diambil terhadap UMNO dan Zambry.

Beliau menutup ucapan dengan isu P/raya kecil P56 Bukit Gantang, dan KEMUNGKINAN p/raya kecil Bukit Selambau.

Pilihanraya Umum Pertama Malaysia, PAS Menang di Terengganu

Laporan Ceramah di Rusila oleh Wahid Endut

YB Parlimen Kuala Terengganu P36 Abdul Wahid Endut memulakan ucapan dengan ucapan terima kasih kepada semua sokongan sehingga PAS menang di Piliharaya Kecil baru-baru ini.

Beliau seterusnya meneruskan ceramah dengan menyentuh perihal isu Perak kini, dan mengaitkan dengan beberapa perkara sejarah sejak pilhanraya Malaysia yang pertama (PRU1) pada tahun 1959.

Pada 1959, pilhanraya umum dijalankan mengikut negeri ke negeri kerana faktor logistik yang terhad. Ia agak logik mengambil kira kemudahan pengangkutan waktu itu.

Untuk negeri Terengganu, PAS menang 13, Parti Perikatan 7 dan Parti Negara 4.

Justeru, PAS membentuk kerajaan negeri.

YB menyebut lagi, sejak zaman itu lagi UMNO sudah mengamalkan sikap MEMBELI wakil rakyat. UMNO waktu itu berjaya membawa beberapa orang wakil rakyat PAS ke KL (2 hari 2 malam one way zaman tu), dan menawarkan pelbagai benda. Akhirnya, pada 1961, undi tidak percaya dibuat dalam DUN, dan UMNO mengambil alih pemerintahan di Terengganu.

Maka tindakan ini, adalah menurut perlembagaan. Undi tidak percaya diadakan dan MB Terengganu yang pertama hilang jawatan selepas 2 tahun memerintah.

Tamat satu hujah.

Seteresnya, beliau menyebut Nizar ada menghadiri majlis Thaipusam yang mana Nizar dijemput atas tiket MB Perak, dan mendapat sambutan meriah. Sambutan untuk seorang MB. Dan nak dijadikan cerita, Zambry turut hadir dalam majlis sama, dan beliau diterima sama rata dengan orang lain - ertinya tiada sambutan. Mungkin beliau tak dijemput. Wallahua'lam.

*Wahid Endut penceramah pertama, next is Mustapha Ali.

Arumugam Letak Jawatan EXCO dan Adun

Menurut yang saya faham menonton TV3 tadi, YB Kedah Arumugam diumukan oleh MB Kedah telah menghantar surat meletak jawatan.

Dan ternyata ia benar apabila disahkan apda jam 9:10mlm yang perletakan jawatan itu telah berkuatkuasa keran surat adalah bertarikh 8Feb.

Petikan dari harakahdaily
"Atas faktor tertekan dan diancam keselamatan keluarga menyebabkan Arumugam Vengatarakoo, meletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau.


Demikian kata Menteri Besar, Dato� Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di sidang medianya itu yang diadakan di kediaman rasminya, Sri Mentaloon, di sini semalam.

Turut dihadiri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dato' Dr Abdul Isa Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Syed Unan Mashri Syed Abdullah dan Pengerusi Badan Perhubungan KeADILan Kedah, Ahmad Kassim.

"Dukacita saya maklumkan Arumugam juga meletakkan jawatannya sebagai Adun Bukit Selambau berkuatkuasa serta merta dan surat perletakan jawatan itu bertarikh 8 Februari 2009. Dia telah menghantar dua surat, satu kepada Speaker memaklumkan perletakan jawatannya sebagai Adun dan satu kepada saya memaklumkan perletakan jawatannya sebagai Exco dan Adun.

"Sepatutnya surat itu dihantar kepada Tuanku Sultan, tetapi mungkinlah sebab teknikal dia hantar kepada saya dan saya telah menyembahkan surat itu kepada Tuanku Sultan," ujarnya mengumumkan.

Menurut Ustaz Azizan perletakan jawatan Arumugam juga dimaklumkan beliau dengan surat kepada Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan disalinkan kepada beliau. Oleh itu katanya, Speaker akan memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Katanya lagi, memandangkan kuota kerusi tersebut diberikan kepada KeADILan, maka soal calon juga diserahkan kepada KeADILan.

Menjawab pertanyaan media, kata Ustaz Azizan, Arumugam dalam suratnya menjelaskan bahawa beliau menghadapi ugutan daripada pihak Barisan Nasional dan menawar kepadanya jutaan ringgit untuk melompat kepada BN.

"Dia dan keluarganya tidak tahan lagi, rasa tertekan dengan pelbagai ugutan, jadi atas dasar itu demi keselamatan diri dan anggota keluarga dia, maka dia rasa elok dia menarik diri dari politik dengan menjadi wakil rakyat.

"Dia juga diugut pada beberapa kali terutama di peringkat akhir keretanya (disimbah) dicat dan pelbagai lagi. Maka sebab itu dia tak sanggup lagi jadi dia letak jawatanlah," ujarnya yang turut memaklumkan surat itu diperolehinya jam 5 petang tadi.

Jelas beliau, surat itu bercop suruhanjaya sumpah dan akan diserahkan beliau kepada Speaker. Mengulas pertanyaan media juga beliau menganggap perkara itu lumrah dalam politik. Ditanya tindakan pihak polis terhadap aduan yang pernah dibuat, katanya perkara itu perlu dirujuk kepada pihak polis.

Diminta mengulas mengenai Arumugam, beliau menyifatkan Arumugam seorang yang telah menjalankan tugas dengan baik. Ustaz Azizan juga menjelaskan bahawa ugutan yang diterima Arumugam telah berlaku sejak beliau memenangi kerusi Dun Bukit Selambau dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

"Paling terakhir dia ditawarkan RM5 juta. Saya menghargai sikap beliau yang menolak tawaran sebanyak RM5 juta itu. Tapi kerana tekanan emosi, tekanan kepada keluarga, maka tidak ada jalan lain," terangnya yang turut membacakan penjelasan bertulis Arumugam.

Sementara itu, Ahmad Kassim pada sidang media itu berkata, KeADILan Kedah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil yang bakal berlaku.

Katanya, jentera gabungan parti-parti Pakatan Rakyat akan membantu manakala mesyuarat pra-pilihanraya akan diadakan di Parlimen Merbok. Maklumnya juga pimpinan KeADILan Pusat juga akan turun ke Kedah dalam beberapa hari lagi dan calon akan diputuskan oleh pimpinan pusat melalui cadangan KeADILan Kedah.

Menurut Ahmad, Arumugam juga memaklumkan kepadanya bahawa beliau kini selamat dan keputusan itu turut dimaklumi kepada pimpinan KeADILan Pusat. "

Ini bererti, 2 pilihanraya kecil dalam masa 60 hari mendatang. Bila agaknya ya??
Sebelum Mesyuarat Agung UMNO or selepas??

UMNO Perak Berhimpun Pertahan Raja Melayu

Menonton berita TV3 hari ini. Selain isu Karpal Karpal dan Karpal lagi, tindakan UMNO seluruh negara(terutama Perak) membela Raja juga hangat!!!

Menurut berita tersebut, UMNO (mostly PEMUDA) menyuarakan sokongan mereka kepada Sultan dan mencela tindakan Karpal. Tak ketinggalan pada masa sama, mereka mempersoal keutuhan PR.

Walau bagaimanapun, tiada jumlah (dalam bentuk NOMBOR) penyokong yang disebut. Justeru, cari punya cari, jumpa di tranungkita.net, katanya tak sampai 50. Haha. Betul ke seteruk itu? Hakikat sebenar tidaklah saya tahu.
Melihat klip di TV, 50 mungkin lebih. 5000 mustahil, kerana tidak seramai yang menyerbu istana baru-baru ini.

Karpal Bersendirian

Ternyata kenyataan yang saya buat pada malam 6 Feb TEPAT.
Pengumuman Karpal untuk saman adalah keputusannya seorang diri dan tidak mencerminkan pendirian mana mana pihak lain. Kini Karpal BERSEORANGAN mengeluarkan lebih banyak pendapat-pendapat yang dilihat PELIK dan CANGGUNG.
Apa tujuan dan sebab sebenar beliau berkata demikian, sukar untuk kita selami.

Karpal mempersalahkan Anwar kerana memulakan kempen lompat parti.
Bagaimanapun PR mengungkit beberapa kisah dalam lipatan sejarah politik nasional yang juga menunjukkan tindakan lompat (DAN KELUAR) parti adalah dibenarkan.

Banyak keputusan yang dibuat, tindakan yang diambil dalam kes Perak ini nyata memakan diri sendiri individu-individu yang terlibat. Anwar, Najib, UMNO, PKR antaranya.

Ahad, 8 Februari 2009

Ahli Parlimen PAS Meninggal - 9 Feb 09

Petikan daripada malaysiakini.com

"PAS member of Parliament for Bukit Gantang Roslan Shaharum passed away this morning. He was 50.

PAS Info chief Mahfuz Omar told Malaysiakini that Roslan was out cycling near his home in Changkat Lallang, Batu Gajah, when he suddenly collapsed.

Mahfuz said that the party is now gathering details of his death before issuing a statement. By 1.30pm, the party confirmed that Roslan suffered a heart attack

roslan shaharum al fatihahHe leaves behind 10 children. His body is now in the Batu Gajah Hospital

Roslan was formerly the human resource director of Perak Economic Development Corporation, and last July was named chairperson of Perak’s education foundation, Yayasan Perak.

In last Marxh's election, Roslan defeated Umno treasurer Azim Zabidi by a majority of 1,566 votes. Bukit Gantang is a Malay majority seat with 27% Chinese and 10% Indian votes.

The by-election which must be held within 60 days will be a referendum on the political situation in Perak. It comes at an awkward time for Umno, with the Umno general assembly due in late March."


Al-Fatihah kepada arwah.

Salam takziah kepada keluarga arwah.


Ini bererti, Malaysia akan CONFIRM berhadapan satu pilihanraya kecil ini. Mungkin satu lagi di Kedah. Mungkin juga beberapa lagi, bergantung pada keputusan mahkamah berikutan isu di Perak. PILIHANRAYA!!!!!

Terbaru dari Perak

Aku x sempat tengok berita hari ini, sebab setiap ahad ada kuliah agama. Berita pukul 12 pun miss jugak sebab tengok bola.

So, x dapat nak bagi perspektif TV.

Tetapi berita dari tukartiub.blogspot.com

Perhimpunan di rumah MB Perak oleh PR. Oleh PR di rumah rasmi MB?? Yes.

Jumlah keseluruhan yang disebut adalah 70ribu. Fulamak. Ramai tu. Dah jadi perhimpunan mega.

Penceramah Nizar sendiri dan Anwar. (Ini semua aku ambil dari tukartiub blog tu).

Isu, tak lain tak bukan pasal penjelasan kenapa Nizar masih sah sebagai MB. Dan juga apa tindakan PR lepas ini untuk selesaikan perebutan ini.

PR tetap akal mempertahankan hak mereka. Itulah kesimpulannya.

Yang menghairankan, kenapa tiada mana mana pihak berkuasa pergi halau Nizar campak keluar dari kediaman itu. Selalunya polis-polis ni dah dikerah oleh Najib. Itu satu MAGIC dalam situasi sekarang. Nizar masih dibenar diam di kediaman rasmi. Hairan!!

Lagi berita gempar adalah Adun Kedah yang bermasalah tu dah letak jawatan. Maka dalam 60 hari akan ada lagi Pilihanraya Kecil. Apa lagi orang Kedah. Beli stok barang niaga 10 kali ganda. Nanti satu Malaysia akan serbu sana. Yang berniaga pasti tak menang tangan. Money money money (baca guna intonasi lagu Donald Trump).

Kalau memang TIADA pilihanraya Perak, mungkin p/raya Kedah ini boleh dijadikan INDICATOR orientasi semasa perspektif rakyat. Tapi jangan lupa, faktor CALON juga main peranan, macam apa ayng terjadi di Kuala Terengganu.

Najib pasti turunkan semua harta yang ada bagi memastikan kali ini tak kalah lagi, dah 3 kali kalah, cuma baru menang skali(menang ke??). Politik wang? Memang wujud dalam UMNO seperti yang mereka sendiri akui (bukan saya kata, UMNO kata). Jadi pastinya mereka tiada masalah untuk gunakan kali ini, darurat punya kes.

Jap. Tambah sikit. Komen aku dengan number yang diberikan. 70000 adalah jumlah yang lagi ramai dari jumlah pengundi yang turun mengundi di P36 baru baru ni. Wow!! Boleh menang 1 lagi kerusi parlimen tuh....

Pastuh pulak....macam biasa la kalau PAS buat ceramah dari dulu kutip derma....tabung untuk perjuangan di jalan Allah...semua orang bagi sebab banyak pahala dijanjikan Allah(bukan PAS yang janji)....
so ceramah kali ini juga kutip derma....dapat RM17ribu katanya....duit itu akan diguna untuk ikat jamin yang kena tangkap 9orang tu.... so, pada sesiapa yang jiwa berani tapi poket kosong, boleh teruskan keberanian sebab wang ikat jamin bukan masalah, banyak orang bagi. Hehe.\

Bab ni lah melayu UMNO takkan jain PR. Dalam UMNO pemimpin bagi duit. Melalui JKKK, dan juga imbuhan untuk datang ceramah. Dalam PR, dahlah susah2 habis duit minyak, jalan jam pulak, pastu keluar duit poket bagi derma... begitulah beza di antara mereka.

Aku?? Aku kongsi je ape yang aku tahu. Undi anda adalah rahsia. Hehe.

Malam esok berapa la pulak agaknya??? Masjid Rusila. Kubu kuat PAS. Penjelasan isu sama. Panel penceramah lain. Dahsyat lah politik Malaysia. Forever happening.

Sabtu, 7 Februari 2009

Status Kerajaan Negeri Perak

Apakah status kerajaan negeri Perak??
Status apa pulak ni??

Kerajaan negeri la. Sah. Makmur. Penuh rahmat.
Kenapa? Negeri lain hanya ada satu MB, Perak ada 2 MB. Menarik!!

Status Nizar. MAsih MB pada perspektif beliau. Telah BEKAS pada hemat Zambry.
Status Zabry. Sah kerana telah dilantik Sultan. Haram menurut Nizar.

Baiklah.
Jom kita buat sedikit analisa tentang kerajaan negeri Perak.
Dari segi kerusi, BN vs PR mereka seri. 28-28
Yang Bebas 3 orang tu, nak bagi mereka jawatan referee...macam tak layak kerana mereka terbukti tidak bersih. 2 ada kes mahkamah. Ketiga-tiga diisytihar belot.
Nasharudin lagi tak boleh pakai. Langsung tidak berpendirian, bagai orang tak bermaruah. Ke sana ke sini macam takde matlamat hidup.

Justeru, kerajaan yang wujud adalah lemah.
Andai PR adalah kerajaan. Telah terbukti Pakatan yang terbentuk adalah LEMAH. Baru 11 bulan, mereka berjaya digoncang oleh BN. Perpecahan (malah pengeluaran) berlaku dalam Adun mereka.
Andai BN adalah kerajaan. Mereka dahulunya pembangkang, tapi kini BERJAYA bentuk kerajaan. Tapi kerajaan yang terbentuk juga RAPUH. Kerana yang menjadikan mereka kerajaan adalah 3 orang pembelot PR. Secara logiknya, kerajaan negeri Perak umpama diletakkan dalam tangan mereka bertiga. Mana mereka lompat, itulah kerajaan. Justeru lemah juga.

Najib ada menyebut, kelebihan 1 kerusi pun boleh jadi kerajaan yang KUAT. (30-31 ke....dll la)....inikan pula kelebihan 3 kerusi...pastinya kerajaan yang kuat bleh terbentuk.....tapi ayatnya belum habis...ANDAI ahli itu setia.....Najib sendiri menyebut begitu....

Bayangkan apa akan jadi dengan Perak....jikalau selepas 11 bulan akan datang....ada pula YB UMNO sekarang melompat ke PAS(ini sekadar ilustrasi)....adakah akan berlaku lagi perlantikan MB baru??? Siapa pula kali ini??? Nizar mungkin dah tak boleh, sebab dah dilabel penderhaka...

Dalam situasi politik kini, harus diingat, ilustrasi di atas adalah MUNGKIN. ia tidak mustahil. Kerana baru sahaja berlaku.

Kusut.Kusut.

Entahlah. Apa-apa aje.

First in the World. 2 MB, 1 negeri.

Bila lah pula agaknya nak dapat 2 PM dalam 1 negara. Haha.

Keengganan Nizar mengakui pemecatan beliau nyata TEGUH. Beliau benar-benar berpegang dengan apa yang beliau percaya.
"Rakyat telah memilih beliau. Beliau akan berkhidmat kepada rakyat berlandaskan perlembagaan. Menurut kefahaman beliau, cara Zambry naik MB tidak menurut perlembagaan. Justeru beliau masih SAH sebagai MB. Beliau akan menjalankan tanggungjawab beliau sebagai MB sehingga beliau dijatuhkan menurut perlembagaan."
Itulah pendirian teguh Nizar. Kelihatannya, tiada apa yang akan menghalang nekad beliau ini.

Zambry menerima jawatan barunya dengan gembira. Beliau percaya
"Sultan ada kuasa istimewa tentang perlantikan MB. Sultan Perak pernah menjadi ketua hakim, Baginda sangat faham undang-undang termasuklah perlembagaan. Maka perlantikan beliau dianggap berasas dan SAH. Maka beliau akan memulakan tanggungjawab selaku MB Perak sebaiknya".

Siapakah yang bakal MENENTUKAN siapakah MB sebenar????
Kita tahu, yang MELANTIK adalah Sultan.
Ikut perlembagaan, yang MEMECAT adalah DUN.
Tapi, memandangkan kes ini tidak pernah berlaku dalam sejarah bila mana 2 MB yang DILANTIK Sultan mempertahankan perlantikan mereka.
Siapakah yang bakal menentukannya?
Adakah Sultan? DUN? Rakyat?

Yang pasti, boleh dikatakan Perak negeri paling beruntung sekarang.
2 MB lain haluan. Ini bererti mereka akan bersaing. Bersaing untuk berkhidmat pada masyarakat, rakyat.
Lihat perspektif ini.

1 MB....katalah PR menjadi MB, BN pembangkang.
MB akan bertungkus lumus, bersama exco nya untuk membuat perkara-perkara yang akan impress rakyat. Harus diingat, Pembangkang dalam dewan tersebut akan goyang kaki kerana buat apa bagi kerjasama kerana yang dapat nama kerajaan memerintah.

jika sebaliknya, MB BN, PR bangkang.
Pastinya fenomena sebaliknya berlaku.

Nah, sekarang kita ada 2 MB.
Nizar akan buat kerja impress rakyat. Zambry akan cuba buat lebih baik untuk lawan effort Nizar. Nizar akan buat lebih lagi. Zambry lagi. dan lagi dan lagi. Wah sungguh positif!!

Ini sekadar satu perspektif. 2 orang ketua tidak sehaluan dalam satu kumpulan, selalunya berakhir dengan pertarungan di antara kedua mereka sahaja.
Mana satu yang akan berlaku??

MB Nizar hari ini mengumumkan usul2 baru dari beliau dan exco-exconya untuk rakyat Perak. Usul yang sangat lumayan. Pasti rakyat suka.

MB Zambry hari ini menghadiri majlis Tahun Baru Cina Gerakan, aktiviti rasmi pertama beliau sebagai MB. Pasti kaum Cina gembira dengan Zambry, harus diingat komposisi mereka adalah besar di Perak.

Jadi, setakat yang berlaku 7 Febuari, 2 MB adalah bagus!!!

PEACE. NO WAR!!

Saman menyaman

Tindakan menyaman di sebalik pengisytiharan MB BN di Perak hangat diperkatakan.

Karpal Singh memulakan pencak apabila beliau berkata "KITA akan MERUJUK mahkamah tinggi, di Ipoh. Defendan pertama Sultan. Defendan kedua BN."
Sebagai peguam ternama, beliau menilai situasi dan membuat keputusan untuk membuat pengumuman tersebut. Dari yang difahami, ada 2 niat terdapat dalam kenyataan beliau.
1- menyaman sultan dan BN.
2- Merujuk mahkamah tinggi untuk melakukan tindakan.

Karpal menggunakan perkataan KITA dalam kenyataan beliau. Secara umum, kita di situ akan bermaksud Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, tindakan Anwar kemudiannya menafikan akan menyaman Sultan, tetapi mengambil kira kemungkinan untuk menyaman BN kerana bertindak bercanggah perlembagaan sebelum Sultan membuat keputusan.

Nizar pula tidak menyebut menyaman sesiapa. Beliau berkali-kali meminta agar Tuanku memperkenan usul beliau agar dibubar DUN. Dan menggunakan hak beliau sebagai MB juga, Nizar menasihat Sultan agar membiarkan DUN bersidang dan membuat undi tidak percaya, barulah beliau meletak jawatan.

3 kenyataan yang dibuat ini boleh diterjemah dalam pelbagai perspektif.

Salah satunya, ketidaksepakatan Pakatan Rakyat. Masing-masing bagai punya ideologi sendiri dalam menguruskan hal ini (secara spesifik di sini, Karpal, Anwar, Nizar). Karpal terlalu gopoh, mungkin kerana beliau seorang peguam, tindakan undang-undang adalah pilihan utama beliau. Nizar pula mempunyai asas beliau sendiri di sebalik pendirian beliau. Yang jelas, Anwar dan Nizar masih 'takut' untuk menderhakai Sultan sepertimana Jebat lakukan dulu. Dengan kata lain, tak derhaka pun.

Hal saman-saman ni, harus diingat, ketua kehakiman negara juga terletak di bawah majlis raja-raja. So memang tiada gunanya untuk saman sultan. Mungkin menyedari hakikat ini, cubaan saman Sultan tidak dilaksanakan. Dan harus diingat MB mahupun PM akan bekerjasama dengan SUltan, malah DILANTIK OLEH Sultan. Justeru, saman Sultan tidak relevan, saman BN sangat relevan.

3000 merusuh, 9 ditangkap, 4 dicari

Majlis angkat sumpah Zambry dicemari dengan insiden di luar istana.

3000 penyokong, majoriti PAS melakukan tunjuk perasaan dengan sepanduk dan sebagainya.
Tindakan Sultan dipersoalkan.

FRU diarahkan menghalang. Termasuk MENEMBAK gas pemedih mata. Tindakan yang berkesan buat seketika sehingga kereta Raja Muda datang. Ada beberapa orang yang menyerbu kereta tersebut.
Apa yang dilakukan?
Ada yang sanggup baring di atas jalan dan memegang bendera jihad, menghalang pergerakan kereta. Ada yang menuju di cermin.

Ada 2 dakwaan:
1- oleh media TV, penyerbu mencaci cela raja muda dan ayahandanya.
2- oleh media blog, penyerbu merayu ihsan baginda agar menyampaikan hasrat pemprotes untuk menidakkan majlis angkat sumpah.
Siapa yang melaporkan hal sebenar? Hanya pemprotes yang tahu, dan juga Allah Maha Mengetahui.

Dipercayai, mereka yang menyerbu kereta di-Raja inilah yang ditahan. 9 kesemuanya. Dan 4 lagi dikenalpasti dan masuk list WANTED.

Dari media TV pula, siswa yang terlibat diugut, laporan akan dibuat di institusi masing-masing. Tindakan berani mereka ini mungkin menggelapkan masa depan dunia mereka. maka:
1- hancur berkecai harapan ibu bapa mahu lihat anak berjaya. Beginikah membalas jasa orang tua yang bersusah payah membesarkan anak-anak?
2- mungkin mereka berpegang pada janji Allah. Balasan akhirat dinanti mereka.
Mana satu? Wallahua'lam.

Tak ketinggalan, bloggers juga diberi amaran agar tidak menimbulkan kekeliruan dan tidak membuat kenyataan menyalahi undang-undang. Mereka akan dikesan. Sekali dengan penghantar SMS berbentuk hasutan.

Lagi maklumat berbeza dari sumber berbeza.
1- TV, gas pemedih mata ditembak untuk meleraikan keadaan
2- blog, bukan hanya gas, malah peluru getah turut digunakan

3- TV, kanak-kanak sekolah diheret dalam perhimpunan itu oleh pemprotes.
4- Blog, ada kanak-kanak yang pengsan kerana sesak nafas

5- TV, 4 FRU cedera
6- Blog, Ada penyokong yang diterajang dan dibelasah FRU.

Mana satu yang betul???
Semua adalah TEPAT!!!
TV melaporkan separuh daripadanya. Blog menceritakn selebihnya.

Hak istimewa Sultan tidak dapat disangkal lagi(memang tak dapat disangkal pun - baca post terdahulu tentang perlembagaan vs sultan).
Negara ini negara beraja. Usahlah dipertikai hak Baginda.
DAULAT TUANKU!!

p/s: Dunia ini milik Allah. Kita hanya HAMBA-Nya yang DILANTIK menjadi KHALIFAH. Dia berhak ke atas segala-galanya.

Jumaat, 6 Februari 2009

Hang Jebat. Wira atau Petualang.

Tema politik Perak seperti dicanang boleh lah kita persoal dan kaitkan dengan cerita sejarah Melayu yang paling terkemuka. Panglima Hang Tuah.

Pasti semua tahu akan cerita penuh sejarah tersebut.

Hang Tuah Panglima terbilang.
Diri difitnah, dihukum bunuh oleh Sultan yang kurang teliti memeriksa.
Hang Jebat diangkat sebagai pengganti.
Demi saudara dan kebenaran, Si Jebat memberontak merampas istana.
Diri dicela kerana menderhaka Sultan berdaulat.
Hang Tuah kembali kerana taat setia akan sultannya.

Komuniti Melayu secara turun temurun membawa cerita ini, tidak pernah luput ditelan zaman. Takkan Melayu hilang di dunia kata Hang Tuah.

Mesej yang disampaikan jelas, Si Tuah pembela Sultan penuh taat setia, tiada pernah ingkar akan perintah baginda, walau diri menjadi mangsa.

Orang Melayu sememangnya berpegang teguh dengan moral dari cerita ini. Sultan harus ditaati, jangan sekali kali diingkari.

Tetapi, pemikir moden mula mempersoal nilai sebenar kisah sejarah ini. Di sebalik kesetiaan, isu keadilan dan kesaksamaan dipertikaikan. Haruskah Sultan Melaka itu dilindungi walaupun kesilapan memang diakui terletak di bahu baginda. Haruskah tindakan pembelaan yang digerakkan oleh Si Jebat dilabel sebagai pengkhianat.

Kerana even pada waktu itu, manusia diajar untuk berani kerana benar. Jebat berkemungkinan besar berpegang pada prinsip tersebut. Justeru, persoalannya kembali, adakah Jebat seorang wira menuntut bela dan kebenaran. Atau Jebat si penderhaka kerana menentang Sultan Melaka?

Kaitan antara kisah sejarah ini, dan sejarah yang baru sahaja tercatit dalam lipatan Tanah Melayu hari ini tidaklah sama sepenuhnya. Cuma sekadar secubit perkaitan yang boleh difikirkan untuk menjana pemikiran lebih panjang dan rasional.

Perbezaan antara kisah ini adalah, Tuah dikatakan tertindas, Jebat yang menderhaka. Tetapi hari ini, Pakatan Rakyat tertindas, Pakatan Rakyat jua yang menderhaka.
Bezanya juga, Sultan pada waktu itu membuat keputusan dalam situasi yang tak sama macam sekarang.

Justeru, janganlah pulak ada pihak salah faham article ni nak kata keadaan zaman Melaka dulu sama dengan zaman Perak nih.

Yang nak hihglight kat sini sekadar buat fikir2....
Yang memberontak, mungkin derhaka. Tapi derhaka mungkin bererti berjuang demi sebuah kebenaran.

Meh la kita fikir.

p/s: bapak aku selalu panggil aku Jebat sejak kecil.

Apakah Peranan Media?

Semenjak kemelut politik Perak menjadi tumpuan rakyat, media Perdana tanahair (RTM, Media prima dll) telah menunjukkan orientasi yang ekstrem.

Walaupun sejak sekian lama PEMBANGKANG menyelar tindakan berat sebelah media media ini yang terang-terangan menjadi medium kempen kerajaan memerintah, tetapi isu di Perak menampakkan ketidak relevan-an media ini.

Sebelum ini, media (terutamanya RTM) menyiarkan orientasi mereka terhadap BN secara berhikmah dan berselindung. Tindakan ini boleh dihuraikan dari beberapa perspektif.
1- selaku medium penyiaran negara, mereka cuba bersifat Pro-kerajaan. Ia suatu tindakan yang bijak, dan boleh diterima.
2- mereka mungkin telah dipergunakan, dan dipaksa agar menjadi pro-kerajaan dan membuat siaran tersebut. Jika ini yang berlaku, maka pihak yang memaksa atau memperguna telah bertindak tidak beretika.

Walau apa pun, tindakan media ini jelas menyalahi kod penyiaran, dan tindakan yang tidak bertanggungjawab jika apa yang mereka sampaikan adalah bohong. Ini kerana, selaku medium perantara antara MAKLUMAT dan RAKYAT, media seharusnya menyampaikan fakta tanpa mengira kepentingan politik. Samada dipaksa, atau bertindak bijak untuk melindungi diri.

Hari ini, siaran RTM telah sampai tahap MENJELIKKAN, tgk rasa nak muntah. Tindakan keterlaluan yang dengan kata lain - "SIARAN LANGSUNG UNTUK KITA SAMA-SAMA KUTUK PAKATAN RAKYAT" telah disiarkan. Ia agak melampau dan saya kategorikan sebagai langsung tidak relevan.

Walau apa jua tujuan siaran ini, rakyat Malaysia pastinya merasa apa yang saya rasa. JELIK, JENGKEL dengan cara penyampaian mesej ini. Seharusnya mereka lebih bijak untuk menjalankan siaran dan pilihan yang dibuat hari ini adalah bodoh semata-mata.

Banyak lagi cara berhikmah yang boleh mereka usahakan, dengan menggunakan sedikit akal yang licik bagi melaksanakan apa saja tujuan dan matlamat mereka.

P/S: PKR angkat bola tanggung skali, BN dan media (beregu) smash berkali-kali bola yang sama. Haha.

Perlembagaan & Pemerintah (Sultan), siapa lebih tinggi?

Perlembagaan Malaysia, satu rang undang-undang asas yang tertinggi yang menjadi rujukan dan merupakan peruntukan untuk mana-mana keputusan diambil bagi menyelesaikan mana-mana isu (jenayah mahupun lain-lain).

Sultan adalah individu, yang berdaulat dan dihormati dalam komuniti Melayu sejak berkurun lamanya, dan merupakan pemerintah yang tertinggi di dalam kerajaan Malaysia.

Konflik yang berlaku di Perak kini, menimbulkan kembali tanda tanya yang sangat mengelirukan bagi semua rakyat.

Menurut Perlembagaan Malaysia, Sultan diiktiraf sebagai pemerintah tertinggi Negara. Tuanku mempunyai kuasa mutlak dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak layak dibantah oleh sesiapa.

Walau bagaimanapun, sebagai sebuah kerajaan Demokrasi Raja Berpelembagaan, ada klausa yang menyebut, Parlimen yang merupakan struktur pemerintahan yang terbentuk dari suara demokrasi rakyat akan mempunyai hak dalam menjalankan tugas-tugas demi kebaikan rakyat. Justeru, sebagai negara demokrasi, semua harus akur dengan perlembagaan malah institusi raja tidak terkecuali dari undang-undang.

Baiklah.

Mata pelajaran SEJARAH yang diajar di sekolah-sekolah menengah kebangsaan Malaysia juga ada menerangkan hal perlembagaan dan raja.

Diajar dalam matapejaran ini di sekolah, ada menyebut tentang pelaksanaan undang-undang dan penyelesaian bila mana timbul percanggahan di antara keduanya.
Undang-undang yang dipersetujui secara demokrasi (dewan Parlimen, atau DUN), akan disembah kepada Sultan untuk mendapat perkenan. Dalam perlembagaan, ada menyebut walaupun raja tidak memperkenan dengan apa yang disembahkan, maka undang-undang itu akan tetap berdiri selepas sesuatu tempoh yang mana tempoh itu sebenarnya diwujudkan untuk raja itu memperkenan akan undang-undang tersebut.

Dalam contoh ini, ia cuba menerangkan bahawa perlembagaan yang diamalkan berada setahap lebih tinggi dari institusi kesultanan.

Walaupun begitu, perlembagaan Malaysia tetap menegaskan bahawa Sultan adalah pemerintah tertinggi yang tidak boleh diderhakai dalam negara (terbukti dalam rukun negara).

Kekeliruan antara dua perkara inilah yang harus diselesaikan bagi menyelesaikan masalah di Perak. Satu titik yang TERANG harus diletakkan bagi memastikan bidang kuasa di antara kedua-duanya supaya segala ketidaksetujuan dapat dileraikan.

Khamis, 5 Februari 2009

Kenyataan Rasmi 40 Ulama Al-Azhar dan Mesir tentang Gaza

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Tiada Tuhan selain Dia, Maha Kuat, Maha Penentu, Maha Perkasa, Maha Menguasai, Maha Esa, Maha Menentukan. Di dunia dan di langit ini tiada satu pun yang boleh melemahkanNya. Selawat dan salam ke atas penghulu kita Muhammad, hamba Allah dan RasulNya, imam para Mujahideen dan pemimpin pembukaan wilayah-wilayah Islam.

Sesungguhnya kejadian-kejadian yang berlaku sekarang ini di bumi Islam dan umat Islam, di bumi Gaza, Palestin yang bangkit teguh berdepan dengan pencerobohan dan penyembelihan yang diinkari oleh apa sahaja nilai, akhlak dan kemanusiaan semuanya, mewajibkan kami, sekumpulan para ulamak dan pendakwah di Mesir, menandatangani Kenyataan Umum ini sebagai mengemukakan pandangan kami, tanggungjawab kami di depan Allah swt dan menjelaskannya kepada orang ramai.



PERTAMA : Sesungguhnya Palestin yang diberkati Allah swt seperti yang disebut di dalam Al-Quran adalah bumi Islam dalam erti kata yang sebenarnya, Kiblat Pertama, di dalamnya terdapat masjid yang kedua di bina di atas muka bumi, masjid ketiga suci bagi umat Islam dan tempat israk Rasul kita saw. Oleh kerana itu, sesiapa pun tidak boleh mengalah dan menyerahkan walau seinci dari buminya kepada orang-orang bukan Islam. Firman Allah swt bermaksud, “Maha suci Tuhan yang mengisrakkan (menggerakkan) hambaNya di waktu malam dari Masjidil haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan) Kami” (Al-Israk:1).

KEDUA : Zionis Antarabangsa yang berwajahkan Israel adalah manusia yang paling sengit permusuhannya terhadap orang-orang beriman disepanjang sejarah mereka. Telah jelas dan terbukti permusuhan mereka terhadap Allah dan rasul-rasulNya. Merekalah dalang setiap kejahatan, kerosakan, memunkiri perjanjian, menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan Allah, khianat dan berdendam terhadap sesiapa sahaja yang berinteraksi dan mendekati mereka. Sesungguhnya mereka telah menceroboh bumi Palestin dengan mengusir dan membunuh penduduknya yang beragama Islam melalui dokongan berterusan dari Negara-negara Barat yang zalim dan bermusuhan. Firman Allah swt bermaksud, “Sungguh kamu akan dapati manusia yang paling sengit permusuhannya terhadap orang-orang beriman ialah orang Yahudi dan orang-orang musyrik” (Al-Ma’idah:82). Zionis Israel ini adalah kumpulan yang menceroboh dan menjajah bumi Palestin. Oleh itu Kebenaran mestilah dikembalikan semula kepada tuannya walau panjang mana berlalunya zaman. Kita tidak redha dan tidak menerima Penjajahan zalim dari puak Zionis ini terhadap Bumi Suci kita.

KETIGA : Jihad dijalan Allah dan Penentangan Bersenjata adalah pilihan yang strategik ke arah mengembalikan bumi yang diceroboh dan hak yang dicuri. Zionis sebenarnya tidak mengetahuii bahasa dalam bentuk perbincangan dan tidak memahami makna Perdamaian. Cara mereka ialah pembunuhan dan melakukan kerosakan di bumi. Oleh itu kami yakin bahawa satu-satunya bahasa yang difahami oleh mereka iala bahasa Jihad dengan segala cara dan jenis. Jangan dihentikan Jihad melainkan setelah orang Zionis yang terakhir keluar dari bumi Palestin. Firman Allah swt bermaksud, “Dan persiapkan (diri kamu dalam) menghadapi mereka (dengan) apa (sahaja) yang kamu mampu dari (bentuk-bentuk) kekuatan, dan dari kuda-kuda yang disiap siaga. Dengan (kekuatan) itu kamu menakutkan musuh Allah dan musuh kamu” (Al-Anfaal:60).

KEEMPAT : Mereka yang mengambil jalan Jihad dan Penentangan sebagai jalan mereka, memikul ruh-ruh mereka di atas bahu, menyumbangkan para Syuhadak, harta, mengorbankan apa yang mahal dan bernilai sebagai harga untuk membebaskan bumi ini, sekalipun musuh memiliki kelengkapan ketenteraan canggih dan kekuatan menyerang penuh kejam yang menyerlahkan kebencian membabi buta mereka terhadap setiap orang Islam, mereka itulah dari golongan yang dimenangkan dengan izin Allah. Mereka layak didokong, dibantu dan ditolong. Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Akan terus ada satu golongan dari umatku yang terus terang di atas kebenaran, menentang musuh-musuh mereka sehingga datang ketentuan Allah sedang mereka masih dalam keadaan demikian. Seseorang Sahabat bertanya, “Dimanakah mereka ya Rasulullah ?”. Baginda saw menjawab, “Di Baitul Maqdis dan di sekeliling Baitul Maqdis”. (Hadis riwayat Ahmad).

KELIMA : Di sini kami ingin mengingat dan menegaskan peranan masyarakat dunia dalam membantu mereka dalam isu ini dan kewajipan di segi Syarak yang agama kita mewajibkan ke atas mereka ialah berjihad di jalan Allah dengan erti kata yang sebenar-benarnya, menyumbang bantuan material, melakukan pemboikotan ekonomi, politik dan kebudayaan terhadap Israel dan terhadap negara-negara yang mendokongnya samada di Barat atau Timur, menolak untuk mengadakan hubungan dengannya dalam apa jua bentuk sekalipun. Kami menegaskan bahawa haram berinteraksi dengan badan Zionis ini dan dengan sesiapa yang mendokongnya dalam apa bentuk sekalipun.

Kita wajib berpendirian seperti firman Allah swt bermaksud, “Dan janganlah kamu merasa hina, dan jangan (pula) merasa sedih sedang kamulah yang paling tinggi sekiranya kamu orang-orang beriman. Jika kamu ditimpa kesakitan, maka (ketahuilah bahawa) mereka juga ditimpa sakit seperti kamu. Demikianlah Kami mempergilirkan hari-hari (turun naik dan suka duka) dikalangan manusia. Dan supaya Allah mengetahui (siapa benar-benar) orang-orang beriman dan supaya Dia mengambil para Syuhadak dari kalangan mereka. Dan Allah tidak suka orang-orang zalim” (Ali Imran : 139-140).

Menjadi kewajipan sekelian umat Islam agar bersatu dan berhimpun di bawah satu kepimpinan. Setiap dari kalangan mereka menjalankan peranan masing-masing dan meninggalkan segala bentuk perselisihan yang dimurkai Allah yang membantutkan Jihad dijalanNya. Firman Allah swt bermaksud, “Dan berpegang tuguhlah kamu dengan tali Allah dan jangan kamu berpecah belah. Dan ingatlah nikmat Allah ke atas kamu ketika kamu dulu bermusuh-musuhan lalu Allah menyatukan hati-hati dan dengan nikmatNya kamu jadi bersaudara”. (Ali Imran : 103).

Ini adalah kenyataan umum kepada orang ramai. Setiap orang menanggung tanggungjawab masing-masing. Kepada para Mujahideen di Gaza, Palestin dan di mana sahaja bumi Islam yang sedang dijajah, kami katakan kepada mereka bahawa sesungguhnya dengan darah, kamu telah membayar harga Iman, keagungan dan kemuliaan. Oleh itu teguhlah kamu, maralah ke hadapan dan bersabarlah. Allah bersama kamu dan Dia sekali-kali tidak akan mensia-siakan amalan-amalan kamu. Firman Allah swt bermaksud, “Orang-orang yang apabila manusia berkata kepada mereka “Sungguh manusia telah menghimpunkan (kekuatan) untuk (memerang) kamu, maka takutkan kamu kepada mereka. (Namun yang jadi sebaliknya) maka bertambah keimanan mereka lalu berkata, ‘Cukuplah kami dengan Allah. Dialah sebaik-baik Pelindung” (Ali Imran : 173).

Ditandatangani oleh :

1. Dr Muhammad Abdul Mun’im Al-Birri - Ketua Barisan Ulamak Al-Azhar

2. Dr. Nasr Farid Wasil

3. Dr Zaghlul An-Najjar

4. Dr Abdul Sattar Fathullah Said

5. Dr Muhammad Ammarah

6. Dr Al-Fattah Asy-Syeikh

7. Dr Safwat Hijazi

8. Ustaz Asy-Syeikh Jamal Qutb

9. Ustaz As-Syeikh Ahmad Al-Mahlawy

10. Dr Abdul Halim Uwais

11. Dr Mohd Rakfat Uthman

12. Dr Abdullah Barakat

13. Dr Abdullah Samak

14. Ustaz Asy-Syeikh Abu Ishak Al-Huwainy

15. Ustaz Asy-Syeikh Hazim Solah Abu Ismail

16. Ustaz Asy-Syeikh Mohd Jibril

17. Dr Solah Sultan

18. Ustaz Asy-Syeikh Ahmad Halil

19. Dr Mohd As-Soghir

20. Ustaz Asy-Syeikh Saleim Abu Al-Futuh

21. Dr Ahmad Al-Assal

22. Dr Hazim As-Sarsawy

23. Dr Abdul Rahman Foudah

24. Ustaz Asy-Syeikh Mohd Mustafa

25. Dr Hussein Syihatah

26. Dr Solah Harun

27. Ustaz Asy-Syeikh Salamah Abdul Qawiyy

28. Dr Jamal Abdul Hadi

29. Dr Hasan Ubaid

30. Ustaz Asy-Syeikh Mohd Abdul Fattah

31. Dr Ahmad Abu Huzaifah

32. Dr Alak As-Sayyid Abdul Rahim

33. Dr Umar Abdul Aziz

34. Ustaz Asy-Syeikh Rejab Zaki

35. Dr Mazin As-Sarsawy

36. Ustaz Asy-Syeikh Ahmad Sabry

37. Ustaz Asy-Syeikh Ahmad Al-Juhayny

38. Ustaz Asy-Syeikh Muzhir Amin

39. Ustaz Asy-Syeikh Ali Abu Al-Hasan

40. Ustaz Asy-Syeikh Mustafa Al-Azhary

Diambil daripada : "Ikatan Muslimin Malaysia, 2008"

Raja Kekal Berdaulat

Setakat jam 9 hari ini, beberapa perkara dah diconfirmkan.

Najib mengadap Sultan seawal pagi.
Najib meeting dgn Adun BN Perak.
Najib mengadap Sultan lagi, dengan Adun "baru BN".
Nizar dipanggil mengadap tghari.
Pejabat Sultan keluar surat rasmi, pembubaran DUN Perak tidak diperkenan.
Justeru, xde pilihanraya Perak yang baru.
Nizar pulak diarah letak jawatan, kerana Tuanku berpendapat PR tidak ada kekuatan secukupnya untuk memerintah negeri kerana kini mereka minoriti.
Nizar keluar statement izin untuk menderhaka titah Sultan itu.
Anwar dan Hj Hadi percaya, pembubaran DUN adalah yang seadilnya untuk rakyat Perak, berdasarkan perlembagaan sebuah Negeri Raja Berpelembagaan.
Pak Lah pula umum MB baru Perak.
Katanya, esok akan angkat sumpah, Sultan dah perkenan.
Ini bagi menjalankan titah Tuanku yg menyatakan andai Nizar dan exco lain enggan letak jawatan, jawatan2 tersebut kosong dengan automatik.

Begitulah.

Fenomeno ini sebenarnya boleh dianggap SIHAT bagi rakyat Malaysia secara am, malah kepada orang Melayu secara khasnya.
Kenapa? Sebab ini akan membuktikan institusi Beraja di negara ini masih utuh,masih berdaulat. Bukti? Hari itu masa perlantikan MB Terengganu bila mana Tuanku Mizan tidak restu Idris Jusoh jadi MB. Walaupun Pak Lah dan pemimpin pusat lain campur tangan, tetap tidak boleh. Sudahnya MAt Said yang naik.
So, Pak Lah pun pernah cuba menderhaka, tapi akhirnya kena akur.

Nizar pun dijangkan sekadar menghadapi situasi sama.
Beliau ingkar.
Xde efek pun.
Titah tetap dilaksana.

Cuma diharap tiada mana2 pihak memanipulasikan kekuasaan dan kedaulatan Institusi Beraja di negara kita ini. Itu paling penting. Amat membimbangkan jika institusi yang sangat berdaulat ini dipergunakan untuk kepentingan pihak tertentu, makan punahlah negara.

DAULAT TUANKU!!!

P/s: muka MB baru macam penjenayah.

Rabu, 4 Februari 2009

Menteri Besar Perak

Tak sabar menunggu perkembangan politik Perak esok.

Apa dah terjadi hari ini?
2 Adun yang menjadi tumpuan Malaysia semalam, hari ini sah keluar PKR dan memilih untuk BEBAS. Kenapa diorang tak join BN terus mungkin satu persoalan yang mencabar untuk difikirkan.
Bagaimanapun, menurut Najib mereka berdua menyatakan sokongan kepada BN.

"Si katak melompat lagi" mungkin tema sesuai untuk Nasharudin yang KEMBALI ke pangkuan BN. Hairan. Sebagai seorang lelaki, beliau tidak sepatutnya bertindak demikian. Perbuatan yang menunjukkan beliau adalah seorang yang tidak berprinsip, tidak tetap pendirian, malah boleh dikatakan tidak pandai membuat keputusan. Lantas jadilah situasi lompat melompat beliau ini. Beliau baru sahaja merosakkan kredibiliti diri.

Hal bagi 2 lagi Adun itu, tidaklah sekronik Nasharudin kerana mereka keluar PKR atas sebab mereka sendiri, dan tidak pula memilih untuk terus masuk BN. Tindakan yang agak bijak buat masa ini dari segi percaturan politiknya. Dan lagipun mereka sedang disiasat tuduhan rasuah.

Menteri Besar Perak sudah pun mengadap Sultan Perak.

Najib dalam sidang akhbar beliau pula (yang mengumumkan keluarnya 2 Adun itu dari PKR) telah membuatkan kenyataan seorang lagi Adun (dari DAP) juga menyatakan sokongan kepada BN. Justeru, perkembangan ini bererti, BN ada lebih suara dalam DUN Perak. Maka Najib merujuk fasal dari perlembagaan bahawa MB sekarang mesti letak jawatan.

PR 28 vs BN28 + 3 bebas.

Statement Najib punya krebiliti dari segi perundangan. Tapi, secara analisa logik, 3 Bebas ini sekarang tidak mempunyai kekuatan untuk berdiri di atas kaki sendiri. Justeru, takut nanti BN ambil alih, ada lagi yang melompat lompat, takkan nak tukar MB lagi. Sesuatu yang harus difikirkan semua pemerhati. Dan yang paling gusar memikirkannya pastilah Tuanku Sultan Perak.

MB Nizar yelah mengadap SUltan. Dan lesen memang hak Sultan untuk decide apa bakal berlaku. Najib dikatakan cuba mengadap Sultan hari ini juga, tapi tidak kesampaian. beliau hanya bole mengadap esok.

Kebarangkalian:

1- PKR tetap memerintah. Gendang politik nasional pasti makin rancak. Setiap hari di TV. Provok sana, provok sini. RUmor sana rumor sini. Lompat2 pasti makin jauh. Harap2 nanti ada atlit negara menang pingat Olimpik acara lompat jauh tak pun lompat kijang. Najib pulak akan tak senang duduk mejelang Mac. Jadi PM ke x.

2- Bubar DUN, BN ambil alih. Anwar akan makin lantang. Najib akan terselamat dan dapat mengesahkan title PM jadi miliknya datand Mac nanti. Confirm.

Punca situasi ini, tidak lain tidak bukan. Niat wakil rakyat yang terlibat sendiri. Apa perjuangan mereka sebenarnya.

Adakah PKR parti yang kuat?
Sejujurnya pada saya, TIDAK. Sebahagian besar mereka adalah serpihan BN. Ada 2 kebarangkalian.
1- Mereka insaf dari apa saja kekotoran yang mereka nampak dlm BN.
2- Mereka nampak ruang yang lebih tinggi potensinya dlm PKR, dari segi mendapat jawatan dan sebagainya.

Mereka yang dalam PKR dengan berasaskan kebarangkalian ke2 inilah, yang menjadi duri dalam daging PKR sebenarnya. Pastinya mereka di sana hanya berteraskan kepentingan sendiri. Yang macam ni akan senang dijual beli. Jadi, PKR sebenarnya memang dalam bahaya.

Walau apa pun, kegoyahan telah terbentang depan mata. Apa jua yang berlaku, akan berlaku, telah terlulis di loh mahfuz. Kita haruslah kembali ke jalan-Nya.

Esok, tunggu dan lihat sahajalah apa kata Sultan. Apa lagi kata Najib. Apa Anwar dan Nizar nak kata, basicly kita dah tahu.

p/s: Kalau BN dapat Perak, sapa MB??

Selasa, 3 Februari 2009

Lompat Si Katak Lompat

Dah seminggu lebih isu lompat melompat ni hangat di kata berita.
Baru sahaja kenduri kendara kemenangan PAS di Kuala Terengganu reda, kita disaratkan isu-isu dari Perak.

Dimulakan dengan pengumuman lompat parti dari BN ke PKR.
Kemudian muncul pula khabar angin membisikkan ada lagi BN akan lompat ke PKR.

Belum pun berita itu dapat disahkan kesahihannya, desas-desus sebaliknya pula yang timbul. Adun PKR akan lompat masuk Barisan (Nasional).

Paling hangat bila SPR terima surat dari 2 Adun PKR, meletak jawatan dari kerusi DUN mereka. HANGAT!!!! SPR mengesahkan menerima surat tersebut, dengan tanda tangan Adun berkenaan.

Tapi, sebaik sahaja perihal surat itu sampai ke pengetahuan Adun tersebut, mereka membuat penafian, malah terus membuat surat rasmi yang menafikan.

Secara logik di sini, maka pastilah surat penafian itu yang patut diguna pakai, kerana ia mempunyai surat, tanda tangan, dan pengakuan lisan. Dibandingkan dengan surat letak jawatan yang ada surat, dan tandatangan, tanpa dinafikan secara lisan dan bertulis. Maka wujud keraguan dalam surat pertama yang diterima SPR itu.

Maka, konklusi dari SPR. Adun tersebut TIDAK meletak jawatan. Selesai 1 isu.

Datang isu ke2 dalam fikiran orang ramai. Macam mana boleh wujud surat pertama itu?

Adakah ia sabotaj? Kalau ia, siapa yang buat? Tidakkah orang yang hantar surat ini boleh diambil tindakan mahkamah?

Ada lah 2 teori boleh difikirkan.

1- BN yang buat. Nak tunjuk PKR kucar-kacir. Bikin semua orang x senang duduk. Dan cuba mendapatkan balik 2 kerusi tersebut dgn pilihanraya kecil. Relevan utk teori ini, Najib dah kalah 2 pilihanraya kecil. sedangkan dia nak naik jadi PM Mac nanti. Malulah kalau asyik kalah. Takut2 nanti Pak Lah tak jadi nak lepas jawatan. So Najib perlukan pilihanraya kecil untuk dimenangi.

2- Ada juga ura-ura Adun yang 2 orang ni ada masalah dalaman dengan PKR. So, mereka memang nk keluar PKR, tapi tidak mahu join mana2 parti. Maknanya, mereka berkhidmat pada rakyat tanpa menyebelahi sesiapa la. PKR tak, BN pun tak. Tapi PKR pulak tak suka, so PKR tunjuk protes kat Adun ber2 ni dengan cara perli menyingkirkan mereka. Kot2 mereka nak stay je dok diam2 dalam PKR.

so, mane satu?? Haha.

Settle satu hal.

Tiba tiba pula, ada pihak yang tak setuju keputusan SPR. Katanya, SPR kena terima perletakan jawatan tersebut. Saya kurang mengerti perspektif yang cuba disampaikan pihak ini. Ada beberapa persoalan timbul.
Pertama, kenapa pihak ini tidak menggunakan logik relevan yang saya sebut di atas (pasal surat letak, dgn surat nafi)?.
Kedua, masa tgk berita tadi, pihak yang mintak dgn SPR tu ada logo roket, bukan ke roket dlm Pakatan Rakyat?? So, kenapa pula dia nak geng PR dia letak jawatan? Confuse sungguh.

Berbalik bab lompat katak nih.
Ia umpama musim hujan. Suara katak pun sahut menyahut.
Bila BN masuk PKR
Orang BN kata beliau kena letak jawatan. Bagi bertanding balik pilih wakil DUN.
PKR kata, biarlah dia buat keputusan sendiri. Nak bertanding, next PRU lah.
SPR kata, tak perlu letak jawatan.
Bila PKR nak keluar(assume sumber ini betul)
PKR tak kata, tapi perli suruh letak jawatan
BN pulak ungkit cerita di atas.
SPR pulak kena sound supaya ubah undang2 bab2 melompat nih.

Hai...katak betul....2 - 2 pihak mcm x sedar paku serpih masuk mata masing2 setiap kali menukul. Ape daa....

What's next Malaysia?? Tak sabar tunggu Mac. Agaknya apa jadi.

ape2 pun....ni semua isu dunia. nak settle kena la ikut panduan yang Tuhan bagi dah complete tuh. Sebab Tuhan cipta dunia. Tak gitu??

P/s: blog hina Nabi Muhammad muncul lagi. Mesti ambil tindakan segera!!!