Selasa, 13 Januari 2009

Penamaan Calon 6 Januari


Proses penamaan calon pilihan raya kecil Kuala Terengganu telah berjalan pada 6 Januari bermula sebentar 9 pagi. Pengurus pilihan raya kecil kali ini ialah Mat Razali Kasim.

Calon pertama masuk ialah calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Sallh diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN.

Difahamkan, dalam masa yang sama, rombongan penyokong dua parti yang bertanding iaitu BN dan PAS membanjiri Stadium Negeri bagi penamaan calon ini yang dianggarkan mencecah 20,000. Sumber Harian Metro menyebut 45000 penyokong BN hadir dan berpuluh ribu juga penyokong PAS hadir tetapi tidak seramai BN. Sumber dari seorang awam yang berada berdekatan hospital (seberang jalan setentang dengan stadium negeri) berkata,
“PAS supporters outnumbered BN’s. BN is in trouble”.
Justeru, kita tidak pasti apakah bilangan yang sebenar.

Kira-kira pukul 9.20 pagi, calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endot memasuki pusat penamaan calon diiringan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

Kira-kira lima minit kemudian, calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun Mohamad pula tiba dengan diiringi seorang penyokongnya. Anehnya, kurang daripada 5 mnit kemudian, calon AKIM ini keluar dari stadium negeri. Beliau menerima sorakan dari penyokong PAS dan BN. Sebab sebenar beliau membatalkan hajat daripada bertanding tidak diketahui.

Kira-kira pukul 9.30 pagi, seorang lagi calon bebas iaitu Azharudin Adam masuk ke dalam pusat penamaan calon untuk menyerahkan borang penamaannya.
Pemimpin-pemimpin yang bertanding pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu ini menyifatkan ia sebagai pertarungan 'survival masa depan' yang paling sengit.

Sebelumnya, Wan Ahmad Farid berkata: "Jadikan pilihan raya kecil Kuala Terengganu sebagai tempat kebangkitan semula BN yang dikatakan tiada lagi masa depan."

Mohd Abdul Wahid pula memberitahu, pihaknya sudah bersedia untuk menghadapi permulaan cabaran pada pagi ini.
"Kami sudah bersemangat untuk menghadapi proses penamaan calon esok (hari ini)," katanya ketika ditemui pada majlis pertemuan ahli Kelab Penyokong PAS, di sini, lewat petang semlam.

Sebelum itu, tiga calon telah mengesahkan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil ini termasuk seorang calon bebas iaitu Isma Airfath Hassanuddin.

Penyokong sebenarnya telah mula berkumpul sejak lepas subuh.
PAS bergerak dari Bulatan Batu Bersurat manakala BN berkumpul dari kediaman Menteri Besar.
Bagaimanapun, sehingga pukul 8.20 pagi ini, belum ada pergerakan bagi kedua-dua parti BN dan PAS. Suasana ini agak berlainan berbanding penamaan calon di Permatang Pauh di mana suasana hangat telah dirasai seawal pukul 7.30 pagi.
Penyokong-penyokong BN didapati sudah mula berkumpul di kediaman rasmi Menteri Besar bermula jam 6.30 pagi manakala para penyokong PAS pula sedang memenuhi kawasan Bulatan Batu Bersurat tersebut sedikit demi sedikit.
Sebelum ini, pemimpin kedua-dua parti telah berjanji akan menghimpun sekurang-kurangnya 10,000 penyokong di pihak masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan