Selasa, 13 Januari 2009

Peluang 50 50 - pesara polis

Sembang sembang warung kopi di KT kini, tidak lain menyentuh perihal pilihanraya kecil.

Seorang pesara polis, yang dulu pernah menjadi SB di zaman reformasi Anwar Ibrahim (1997), memberi komen yang agak menarik untuk saya kongsikan di sini.

Peluang kedua-dua parti adalah 50 50. dari segi isu, background, kekuatan sokongan dari ahli. Mereka seimbang. (Komen ini mengabaikan keupayaan calon bebas). Namun, dari segi calon, PAS dikatakan mempunyai kelebihan. Polis pencen ini berkata, Wan Farid bukanlah wakil rakyat. Dia adalah wakil elit. ertinya, jika kumpulan sasar adalah golongan atasan, mungkin dia adalah feveret. tetapi, di kalangan rakyat biasa, Wan Farid tidak akan mendapat sokongan.

Apa yang saya dapat simpulkan berdasarkan komen ini semata-mata, pesara polis ini meletakkan kebarangkalian PAS akan menang. Namun, kemenangan PAS di sini tidak boleh diterjemah dari segi kemenangan perjuangan mereka mengatasi perjuangan UMNO, kemenanangan isu yang dibawa PR berbanding isu yang ditawarkan BN. Kemenangan yang bakal dimiliki PAS adalah kemenangan calonnya mengatasi calon BN yang dilihat serba kekurangan(kecuali kedudukan kewangan) di antara kedua-dua mereka.

Walau apa jua sebab kemenangan mahu pun kekalahan mana2 pihak kali ini, ia tetap akan disebut2 sbg kemenangan yang menyeluruh, dan kekalahan secara keseluruhan parti terlibat. orang tidak akan menyebutnya sebagai kemenangan calon. percayalah.

1 ulasan:

  1. x sangka Dr. M pun kata benda sama macam dalam posting ni lepas pilihanraya aritu...hehe

    BalasPadam