Selasa, 13 Januari 2009

Kawalan Keselamatan

Sejak sebelum Hari Penamaan Calon lagi, khemah-khemah putih dibina di sekitar kawasan Kuala Terengganu. Tanda tanya terjawab apabila polis dilihat melepak di khemah-khemah tersebut.

Menjelang hari penamaan calon, polis dilihat di mana-mana di sekitar daerah. Keadaan memberi gambaran seolah olah kekacauan sedang berlaku walau pun keadaan sangat aman dan normal.

Tetapi, mungkin persiapan diadakan sekiranya keadaan kacau bilau setelah penamaan calon bila mana kempen berjalan. Tetapi keadaan KT tetap aman. Alhamdulillah.

Pada waktu itu, sejumlah 6000 orang anggota polis di sebut telah berkampung di KT.

Saya sempat berbual-bual dengan 4 orang anggota polis yang sedang off-shift ketika menonton ManUtd vs CHelsea. Saya difahamkan, shift mereka hanyalah 6jam. So, sehari ada 4 shift. Dan kita dapat melihat terdapat 2 ke 4 orang di setiap khemah polis.6000 bahagi 4 polis, bahagi 4 shift, saya meramalkan ada 375 khemah di seluruh KT. Wow. Banyaknya.

Patut la saya terdengar komen seorang mak cik di kedai goreng pisang berkata, "sekarang macam tengah perang. Polis di sana sini, yang bergerak dgn kereta peronda, dan yang duduk diam dekat khemah mereka".

Sehingga 12 Januari pula, dikatakan jumlah terbaru adalah 10,000 orang anggota ditempatkan di sini. Dan menurut cakap-cakap orang awam lagi, menjelang hari pembuangan undi, jumlah semuanya akan menjadi 12,000.

Kebelakangan ini pula, menurut laporan berita di TV, kejadian jenayah di seluruh negara makin ganas. mungkin dari kuantiti, masih jumlah yang sama, tapi tahap bahayanya kes kes jenayah ini kelihatan makin serius. Adakah para penyangak mengambil kesempatan bila polis di tempat mereka kurang?? Mungkin juga.

Melihat dari satu sudut, pihak berkuasa mungkin sedang belajar dari pilihanraya kecil permatang pauh. Justeru mereka menempatkan lebih ramai polis sejak dari awal lagi. Namun, secara peribadinya, saya berpendapat, bila keadaan adalah terkawal dari awal, tidak perlulah menambah lagi bilangan 6000 yang asal itu kerana kelihatannya tidak perlu.

Yang menjengkalkan pulak, polis-polis yang ramai ini kadangkala membuat road-block di tempat-tempat tertentu. Tetapi sekadar melambatkan pergerakan trafik. Mereka tidak menahan atau memeriksa apa2, sekadar berdiri di tengah jalan, membiarkan hanya 1 lorong untuk dilalui. Ini yang saya tidak faham motifnya. Adakah sekadar ambik syarat supaya nampak macam buat kerja??

Bagaimanapun, JALANKANLAH TUGAS ANDA SEBAIKNYA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan