Sabtu, 7 Februari 2009

Saman menyaman

Tindakan menyaman di sebalik pengisytiharan MB BN di Perak hangat diperkatakan.

Karpal Singh memulakan pencak apabila beliau berkata "KITA akan MERUJUK mahkamah tinggi, di Ipoh. Defendan pertama Sultan. Defendan kedua BN."
Sebagai peguam ternama, beliau menilai situasi dan membuat keputusan untuk membuat pengumuman tersebut. Dari yang difahami, ada 2 niat terdapat dalam kenyataan beliau.
1- menyaman sultan dan BN.
2- Merujuk mahkamah tinggi untuk melakukan tindakan.

Karpal menggunakan perkataan KITA dalam kenyataan beliau. Secara umum, kita di situ akan bermaksud Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, tindakan Anwar kemudiannya menafikan akan menyaman Sultan, tetapi mengambil kira kemungkinan untuk menyaman BN kerana bertindak bercanggah perlembagaan sebelum Sultan membuat keputusan.

Nizar pula tidak menyebut menyaman sesiapa. Beliau berkali-kali meminta agar Tuanku memperkenan usul beliau agar dibubar DUN. Dan menggunakan hak beliau sebagai MB juga, Nizar menasihat Sultan agar membiarkan DUN bersidang dan membuat undi tidak percaya, barulah beliau meletak jawatan.

3 kenyataan yang dibuat ini boleh diterjemah dalam pelbagai perspektif.

Salah satunya, ketidaksepakatan Pakatan Rakyat. Masing-masing bagai punya ideologi sendiri dalam menguruskan hal ini (secara spesifik di sini, Karpal, Anwar, Nizar). Karpal terlalu gopoh, mungkin kerana beliau seorang peguam, tindakan undang-undang adalah pilihan utama beliau. Nizar pula mempunyai asas beliau sendiri di sebalik pendirian beliau. Yang jelas, Anwar dan Nizar masih 'takut' untuk menderhakai Sultan sepertimana Jebat lakukan dulu. Dengan kata lain, tak derhaka pun.

Hal saman-saman ni, harus diingat, ketua kehakiman negara juga terletak di bawah majlis raja-raja. So memang tiada gunanya untuk saman sultan. Mungkin menyedari hakikat ini, cubaan saman Sultan tidak dilaksanakan. Dan harus diingat MB mahupun PM akan bekerjasama dengan SUltan, malah DILANTIK OLEH Sultan. Justeru, saman Sultan tidak relevan, saman BN sangat relevan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan