Jumaat, 6 Februari 2009

Perlembagaan & Pemerintah (Sultan), siapa lebih tinggi?

Perlembagaan Malaysia, satu rang undang-undang asas yang tertinggi yang menjadi rujukan dan merupakan peruntukan untuk mana-mana keputusan diambil bagi menyelesaikan mana-mana isu (jenayah mahupun lain-lain).

Sultan adalah individu, yang berdaulat dan dihormati dalam komuniti Melayu sejak berkurun lamanya, dan merupakan pemerintah yang tertinggi di dalam kerajaan Malaysia.

Konflik yang berlaku di Perak kini, menimbulkan kembali tanda tanya yang sangat mengelirukan bagi semua rakyat.

Menurut Perlembagaan Malaysia, Sultan diiktiraf sebagai pemerintah tertinggi Negara. Tuanku mempunyai kuasa mutlak dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak layak dibantah oleh sesiapa.

Walau bagaimanapun, sebagai sebuah kerajaan Demokrasi Raja Berpelembagaan, ada klausa yang menyebut, Parlimen yang merupakan struktur pemerintahan yang terbentuk dari suara demokrasi rakyat akan mempunyai hak dalam menjalankan tugas-tugas demi kebaikan rakyat. Justeru, sebagai negara demokrasi, semua harus akur dengan perlembagaan malah institusi raja tidak terkecuali dari undang-undang.

Baiklah.

Mata pelajaran SEJARAH yang diajar di sekolah-sekolah menengah kebangsaan Malaysia juga ada menerangkan hal perlembagaan dan raja.

Diajar dalam matapejaran ini di sekolah, ada menyebut tentang pelaksanaan undang-undang dan penyelesaian bila mana timbul percanggahan di antara keduanya.
Undang-undang yang dipersetujui secara demokrasi (dewan Parlimen, atau DUN), akan disembah kepada Sultan untuk mendapat perkenan. Dalam perlembagaan, ada menyebut walaupun raja tidak memperkenan dengan apa yang disembahkan, maka undang-undang itu akan tetap berdiri selepas sesuatu tempoh yang mana tempoh itu sebenarnya diwujudkan untuk raja itu memperkenan akan undang-undang tersebut.

Dalam contoh ini, ia cuba menerangkan bahawa perlembagaan yang diamalkan berada setahap lebih tinggi dari institusi kesultanan.

Walaupun begitu, perlembagaan Malaysia tetap menegaskan bahawa Sultan adalah pemerintah tertinggi yang tidak boleh diderhakai dalam negara (terbukti dalam rukun negara).

Kekeliruan antara dua perkara inilah yang harus diselesaikan bagi menyelesaikan masalah di Perak. Satu titik yang TERANG harus diletakkan bagi memastikan bidang kuasa di antara kedua-duanya supaya segala ketidaksetujuan dapat dileraikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan