Jumaat, 6 Februari 2009

Hang Jebat. Wira atau Petualang.

Tema politik Perak seperti dicanang boleh lah kita persoal dan kaitkan dengan cerita sejarah Melayu yang paling terkemuka. Panglima Hang Tuah.

Pasti semua tahu akan cerita penuh sejarah tersebut.

Hang Tuah Panglima terbilang.
Diri difitnah, dihukum bunuh oleh Sultan yang kurang teliti memeriksa.
Hang Jebat diangkat sebagai pengganti.
Demi saudara dan kebenaran, Si Jebat memberontak merampas istana.
Diri dicela kerana menderhaka Sultan berdaulat.
Hang Tuah kembali kerana taat setia akan sultannya.

Komuniti Melayu secara turun temurun membawa cerita ini, tidak pernah luput ditelan zaman. Takkan Melayu hilang di dunia kata Hang Tuah.

Mesej yang disampaikan jelas, Si Tuah pembela Sultan penuh taat setia, tiada pernah ingkar akan perintah baginda, walau diri menjadi mangsa.

Orang Melayu sememangnya berpegang teguh dengan moral dari cerita ini. Sultan harus ditaati, jangan sekali kali diingkari.

Tetapi, pemikir moden mula mempersoal nilai sebenar kisah sejarah ini. Di sebalik kesetiaan, isu keadilan dan kesaksamaan dipertikaikan. Haruskah Sultan Melaka itu dilindungi walaupun kesilapan memang diakui terletak di bahu baginda. Haruskah tindakan pembelaan yang digerakkan oleh Si Jebat dilabel sebagai pengkhianat.

Kerana even pada waktu itu, manusia diajar untuk berani kerana benar. Jebat berkemungkinan besar berpegang pada prinsip tersebut. Justeru, persoalannya kembali, adakah Jebat seorang wira menuntut bela dan kebenaran. Atau Jebat si penderhaka kerana menentang Sultan Melaka?

Kaitan antara kisah sejarah ini, dan sejarah yang baru sahaja tercatit dalam lipatan Tanah Melayu hari ini tidaklah sama sepenuhnya. Cuma sekadar secubit perkaitan yang boleh difikirkan untuk menjana pemikiran lebih panjang dan rasional.

Perbezaan antara kisah ini adalah, Tuah dikatakan tertindas, Jebat yang menderhaka. Tetapi hari ini, Pakatan Rakyat tertindas, Pakatan Rakyat jua yang menderhaka.
Bezanya juga, Sultan pada waktu itu membuat keputusan dalam situasi yang tak sama macam sekarang.

Justeru, janganlah pulak ada pihak salah faham article ni nak kata keadaan zaman Melaka dulu sama dengan zaman Perak nih.

Yang nak hihglight kat sini sekadar buat fikir2....
Yang memberontak, mungkin derhaka. Tapi derhaka mungkin bererti berjuang demi sebuah kebenaran.

Meh la kita fikir.

p/s: bapak aku selalu panggil aku Jebat sejak kecil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan