Rabu, 18 Februari 2009

Perkembangan DUN Perak

Tatkala tumpuan politik negara terarah ke Selangor kini dek kerana gambar tidur Adun PKR yang telah didedahkan, Perak masih bergolak dengan pelbagai isu.

Spekulasi:
Adakah BN sengaja mengalih tumpuan ke Selangor agar Perak dipinggirkan kerana sudah menjangkan pergolakan terbaru ini akan terjadi?

Sebenarnya tidak perlu membuat spekulasi, kerana spekulasi akan dan sentiasa HANYA mengusutkan keadaan. Baiklah.

Saya menonton berita, dan juga membaca bahan-bahan dari initernet. Fakta isu ini sama dari kedua-dua sumber.
Dari apa yang saya faham.

Speaker DUN Perak telah menggantung MB BN Zambry dan 6 exconya dari menghadiri sidang DUN.
Keputusan dibuat berdasarkan undang-undang DUN Perak sendiri. Perlantikan Zambry dan exconya disifatkan sebagai menyalahi undang-undang tersebut, dan dikira menghina DUN.
Maka penggantungan dikenakan sebagai hukuman.

Itu sahaja. dari yang saya faham lagi, penggantungan ini tidak melucutkan jawatan yang baru mereka perolehi. Penggantungan hanyalah dari sudut tidak dapat menghadiri DUN.

Menurut harakahdaily, penggantungan ini akan menjadikan ahli sidang tinggal 52 orang, majoriti 4 lebih di pihak PR. Justeru, sidang DUN akan cuba dielakkan oleh kerajaan semasa.

Dari perspektif lain, bukankah arahan yang dilakukan ini boleh dilihat sebagai melanggar dan menidakkan titah sultan terhadap perlantikan Zambry. Hmmm... Satu perspektif yang mengelirukan.

Jika ini benar, adakah speaker telah menderhaka Sultan? Adakah kita akan melihat lebih banyak demonstrasi oleh PEMUDA UMNO membela Sultannya?

Cuma, adakah perintah Speaker ini sah dan wajib dituruti oleh Zambry and the geng? Atau pun, ada kuasa lain yang boleh membatalkan perintah Speaker ini? Saya tidak tahu dan saya ingin tahu.

Dari satu pihak lagi, mungkinkah PR akan kembali berkuasa? Bila? Bagaimana?

Satu aspek lagi, adakah kita akan mendapat lebih banyak info tentang isu ini dari media arus perdana? Atau kita mendapat lebih info tentangnya dari arus bawah tanah semata-mata?

Sama-sama kita saksikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan